Berita Harian

Pemanah USM harumkan nama Malaysia

- Oleh Meor Ahmad Nasriin Ishak

Mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan, Lau Jiun Sien, 24, mengharumk­an nama negara apabila dinobatkan sebagai juara keseluruha­n Kejohanan Memanah Terbuka

2016 anjuran Universiti Nasional Singapura (NUS), baru-baru ini.

Beliau yang sedang mengikuti pengajian tahun empat dalam bidang Sains Sukan, berjaya membuktika­n keunggulan meskipun berdepan persaingan sengit pada kejohanan disertai

100 pemanah remaja dari serata dunia itu.

“Kebanyakan peserta kejohanan antarabang­sa itu adalah atlet memanah di negara masing-masing.

“Sebulan menjelang pertanding­an, saya menjalani latihan intensif di kampus dengan bimbingan dan tunjuk ajar atlet memanah negara, Fatin Nurfatehah Mat Salleh yang juga pelajar USM Kampus Kesihatan,” katanya.

Kejayaan bersama

Jiun Sien yang julung kali menyertai kejohanan diadakan NUS menyifatka­n kemenangan­nya sebagai kejayaan bersama semua pihak yang memberikan sokongan dan semangat mengharung­i pelbagai cabaran dalam sukan itu.

Ditanya mengenai pembahagia­n masa untuk keperluan pengajian dan sukan, beliau berkata, atlet harus memiliki disiplin diri yang tinggi dan keinginan mencapai impian menggapai kecemerlan­gan.

“Mereka yang berdisipli­n mampu cemerlang dalam bidang sukan. Sukan membantu memberikan kecergasan tetapi pada masa sama, jangan mengabaika­n pendidikan demi kehidupan lebih sempurna,” katanya.

 ??  ?? Jiun Sien (dua dari kiri) berjaya membuktika­n keunggulan.
Jiun Sien (dua dari kiri) berjaya membuktika­n keunggulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia