Berita Harian

Penjelasan PM, Peguam Negara

Saman difail oleh DOJ adalah tindakan sivil, bukan jenayah

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad dan Farah Marshita Abdul Patah

Datuk Seri Najib Razak jamin kerajaan akan beri kerjasama penuh terhadap semua siasatan termasuk oleh badan antarabang­sa, tetapi proses perlu dihormati. Seseorang itu ada peluang bela diri dan tidak wajar kesimpulan dibuat selagi ia belum selesai. Tan Sri Mohamed Apandi Ali tegaskan saman difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat adalah terhadap harta dan bukan individu. Kes didengar di Mahkamah Sivil dan tiada sebarang dakwaan jenayah dibuat terhadap mana-mana individu atas kesalahan menyalahgu­nakan dana 1MDB

Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan memandang berat laporan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) mengenai 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB).

Perdana Menteri bagaimanap­un berkata, perlu dijelaskan ia adalah tindakan sivil dan bukan jenayah serta terhad kepada nama-nama disebutkan dalam laporan itu.

Oleh itu, beliau memberi jaminan, Kerajaan Malaysia akan memberi kerjasama sepenuhnya dengan semua pihak siasatan, termasuk badan siasatan antarabang­sa.

Proses perundanga­n perlu dihormati

“Pendirian kita selama ini kita tidak mahu melihat apa-apa perbuatan yang boleh melanggari apaapa undang-undang. Oleh itu proses perlulah dihormati, maknanya seseorang itu ada peluang untuk membela diri atau pun menggunaka­n proses kehakiman di mahkamah dan kita tidak sewajarnya membuat apa-apa kesimpulan selagi proses itu belum selesai.

“Kita pandang serius perkara ini dan kita tidak ingin ada pihak menyalah anggap kerajaan tidak mahu prinsip good governance, tadbir urus yang baik yang sentiasa diperjuang­kan oleh Malaysia,” katanya ketika ditemui wartawan selepas menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri Kumpulan FELDA di sini, semalam.

Kelmarin, DOJ memfailkan saman menyita aset berkaitan 1MDB bernilai RM4 bilion dalam kes pengubahan wang haram yang terbesar negara itu membabitka­n entiti luar.

Saman itu bertujuan merampas aset yang terbabit dalam dan boleh dikesan kepada suatu konspirasi antarabang­sa untuk mengubah wang dilesapkan daripada 1MDB”.

Ia turut menamakan ahli perniagaan berasal dari Pulau Pinang, Low Taek Jho atau Jho Low dan anak tiri Perdana Menteri, Riza Aziz.

Mengenai pembabitan anak tirinya, Najib berkata, seperti orang lain, beliau (Riza) juga mempunyai hak dan perlu membenarka­n proses berkaitan dijalankan.

Najib tak dinamakan sebagai defendan

Sementara itu, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, Najib tidak dinamakan sebagai defendan atau dikatakan melakukan salah laku jenayah dalam saman sivil oleh DOJ Amerika Syarikat.

Sehubungan itu, Mohamed Apandi berkata, beliau memandang serius sindiran dan dakwaan yang dibuat terhadap Perdana Menteri berhubung saman sivil berkenaan.

Dalam kenyataan semalam, beliau berkata, tindakan difailkan DOJ adalah saman sivil in rem (saman terhadap harta dan bukannya individu) serta membabitka­n rampasan aset.

Katanya, kes itu didengar di Mahkamah Sivil dan tiada dakwaan jenayah dibuat terhadap manamana individu atas kesalahan menyalahgu­nakan dana 1MDB.

“Tiada bukti diperoleh daripada mana-mana siasatan agensi penguat kuasa undang-undang yang menunjukka­n dana 1MDB disalah guna.

“Sekiranya ada bukti, kita tidak akan teragak-agak untuk memulakan prosiding terhadap individu yang didapati melakukan sebarang salah laku jenayah,” katanya.

Mohamed Apandi juga berkata, setakat ini pihaknya juga tidak menerima permohonan daripada AS bagi mendapatka­n maklumat mahupun bukti berhubung siasatan mereka.

Kita pandang serius perkara ini dan kita tidak ingin ada pihak menyalah anggap kerajaan tidak mahu prinsip good governance, tadbir urus yang baik yang sentiasa diperjuang­kan oleh Malaysia” Najib Razak, Perdana Menteri

 ?? [FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN/BH] ?? Najib ketika menjawab soalan wartawan selepas menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri Kumpulan FELDA di ibu negara, semalam.
[FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN/BH] Najib ketika menjawab soalan wartawan selepas menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri Kumpulan FELDA di ibu negara, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia