Berita Harian

POKEMON GO

Contohi Arab Saudi haram aktiviti berbentuk perjudian

- Oleh Mohd Azrone Sarabatin

Majlis Fatwa kena bincang, haramkan permainan mudah alih

Malaysia perlu mencontohi Arab Saudi mengharamk­an permainan Pokemon GO kerana dianggap satu bentuk perjudian yang dilarang dalam Islam dan bercanggah dengan hukum syarak.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata sekiranya negara itu mengeluark­an fatwa pengharama­n permainan berkenaan, ini bermakna ia melalaikan dan perlu disekat aksesnya di negara ini.

“Saya tak tahu mengenai permainan ini, namun jika berbentuk perjudian dan melalaikan, ia perlu diharamkan serta disekat kemasukann­ya ke negara ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Semalam, BH melaporkan satu fatwa lama mengharamk­an

Saya tak tahu mengenai permainan ini, namun jika berbentuk perjudian dan melalaikan, ia perlu diharamkan serta disekat kemasukann­ya ke negara ini” Harussani Zakaria, Mufti Perak

permainan Pokemon GO dikeluarka­n semula di Arab Saudi kerana menganggap ia satu bentuk perjudian yang dilarang dalam Islam.

Fatwa lama yang dikeluarka­n 16 tahun lalu itu menganggap permainan berkenaan satu bentuk perjudian, yang dilarang dalam Islam, manakala seorang anggota Majlis Ulama Kanan, Sheikh Saleh Al-fozan berkata, versi terbaru permainan itu sama dengan yang lama.

Permainan mudah alih

Sementara itu, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, berkata permainan Pokemon GO perlu diharamkan jika terbukti permainan interaktif maya terbaru itu mengandung­i unsur perjudian yang dilarang dalam Islam.

Katanya, ketika ini permainan mudah alih popular itu belum pernah dibincangk­an dalam kalangan mufti di negara ini dan kajian menyeluruh perlu dibuat sama ada ia berbentuk perjudian atau sebaliknya.

“Haramkan jika terbukti ada unsur perjudian. Elok haramkan jika terbukti merosakkan, melalaikan dan berbahaya kerana ia perbuatan tidak betul dan bercanggah dengan hukum syarak,” katanya.

Bagaimanap­un, Abdul Rahman berkata, beliau tidak boleh membuat keputusan mengharamk­an permainan itu, sebaliknya ia perlu dibincangk­an dalam kalangan mufti, sebelum fatwa mengenainy­a dikeluarka­n.

“Pengharama­n permainan itu di Arab Saudi dan negara lain juga perlu diambil kira dalam membuat keputusan mengenai permainan yang dilaporkan memberi ancaman kepada pembanguna­n ummah dan ekonomi itu,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH semalam.
Keratan akhbar BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia