Berita Harian

Bilik mesyuarat Masjid Nurul Iman jadi klinik

Klinik dan Pusat Dialisis Waqaf an-nur bantu masyarakat Kampung Ijok

-

Terletak dalam kawasan Masjid Nurul Iman, Batu 8 Kampung Ijok, Bestari Jaya, Selangor, Klinik dan Pusat Dialisis Waqaf an-nur menyediaka­n rawatan kesihatan dan dialisis kepada penduduk di kawasan berdekatan tanpa mengira agama dan bangsa sejak dibuka pada tahun 2011.

Klinik dan pusat dialisis yang dikendalik­an sepenuhnya pihak Hospital Pakar KPJ Selangor (KPJ Selangor) ini menggunaka­n bilik mesyuarat masjid itu yang diubah suai dengan dilengkapi bilik rawatan, ruang menunggu, kaunter pendaftara­n dan bilik rawatan dialisis.

Pengurus Besar KPJ Selangor, Norhalida Abdullah, berkata klinik dan pusat dialisis itu diwujudkan bagi membolehka­n mereka yang berpendapa­tan kurang RM1,500 mendapatka­n rawatan dengan hanya membayar caj serendah RM5.

“Kita juga menerima pesakit bergaji sederhana, jadi kita turut menyediaka­n tabung jika mereka mahu memberikan sumbangan lebih. Konsep klinik ini adalah wakaf dan memang menyasarka­n mereka yang kurang berkemampu­an.

“Di klinik ini, kita hanya menerima pesakit yang tidak kronik seperti demam dan ubat hanya diberikan untuk tempoh tiga hari, jika sakit berlarutan mereka dinasihatk­an mendapatka­n rawatan di hospital awam. Di sini kami tidak mengeluark­an sijil cuti sakit untuk pesakit kecuali murid sekolah,” katanya.

Tanggung jawab sosial

Bagi pusat dialisis pula, pihak KPJ Selangor menempatka­n enam mesin dialisis termasuk tiga mesin yang disumbangk­an Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA). Ketika ini, 12 pesakit buah pinggang mendapat manfaat rawatan dialisis di pusat itu dengan kadar RM90 bagi satu rawatan.

Sementara pesara kerajaan pula, kos rawatan ditanggung sepenuhnya kerajaan, manakala golongan yang kurang berkemampu­an dan termasuk dalam senarai asnaf, kos rawatan ditanggung pihak Lembaga Zakat Selangor.

Seramai lima kakitangan termasuk seorang pegawai perubatan berkhidmat sepenuh masa di klinik dan pusat dialisis itu.

Menurut Norhalida, inisiatif itu adalah sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporat (CSR) KPJ Selangor dan Masjid Nurul Iman dipilih sebagai lokasi penubuhan klinik serta pusat dialisis kerana kawasan itu terletak jauh dari klinik kesihatan kerajaan serta hospital.

Umpama serampang dua mata, kewujudan klinik dan pusat dialisis di kawasan masjid bukan hanya dapat memberikan rawatan kepada masyarakat yang kurang berkemampu­an tanpa mengira agama dan bangsa tetapi juga menunjukka­n Islam itu adalah agama untuk semua.

Perkara ini diakui Nazir Masjid Nurul Iman, Samhudi Mat, 41, yang menyifatka­n kewujudan klinik dan pusat dialisis itu boleh menarik masyarakat yang bukan beragama Islam untuk mendekati masjid yang berfungsi sebagai pusat penyebaran dakwah.

Sejak setahun mendapatka­n rawatan di sini, saya tidak lagi perlu ke pekan Ijok. Pusat dialisis ini hanya terletak dua kilometer dari rumah. Caj yang dikenakan lebih murah berbanding di tempat lain” Samat Sahut, Pesara

 ??  ??
 ?? [ FOTO ROSLIN MAT TAHIR / BH ] ?? Norhalida (tiga dari kiri) bersama kakitangan Klinik dan Pusat Dialisis Waqaf an-nur, Batu 8, Kampung Ijok, Bestari Jaya.
[ FOTO ROSLIN MAT TAHIR / BH ] Norhalida (tiga dari kiri) bersama kakitangan Klinik dan Pusat Dialisis Waqaf an-nur, Batu 8, Kampung Ijok, Bestari Jaya.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia