Berita Harian

PDRM hantar pegawai siasat kes 1MDB di luar negara

Fasa kedua siasatan terhadap saksi dimulakan

- Oleh Mohd Azrone Sarabatin dan Siti Azila Alias

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menghantar pegawainya ke luar negara dalam tempoh terdekat bagi memulakan fasa kedua siasatan terhadap saksi yang mempunyai kaitan dengan isu 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata setakat ini pihaknya hampir selesai melakukan siasatan fasa pertama dengan merakam keterangan lebih 25 saksi di dalam negara dan meneliti dokumen berkaitan.

Katanya, antara individu yang dirakam keterangan, termasuk bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, yang dipanggil sebulan lalu.

“Fasa kedua akan dimulakan pada bila-bila masa kerana ada sedikit lagi siasatan di sini yang belum selesai. Bagaimanap­un, ia perlu dirancang dengan teliti, bila mereka (saksi) di luar negara beritahu sudah sedia kita akan hantar pegawai ke sana untuk merakam percakapan mereka, termasuk ahli perniagaan, Jho Low (Low Taek Jho).

“Kita akan lihat dari semua sudut termasuk memperinci dokumen berkaitan dan sudah tentu ia mengambil masa lama untuk diselesaik­an. Bila siap nanti kita akan kemukakan kepada Jabatan Peguam Negara,” katanya pada sidang media pada majlis penutup Program ‘Trim&fit’ PDRM di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini, semalam.

Khalid berkata, siasatan pihaknya menjurus kepada lima syor yang dicadangka­n dalam laporan akhir Jawatankua­sa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang dibentangk­an di Parlimen pada 7 April lalu.

Polis tak masuk campur

Beliau berkata, polis tidak akan masuk campur tindakan sivil dikemukaka­n Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) untuk menyita aset berkaitan 1MDB.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddi­n Tengku Ahmad, berkata 1MDB telah disiasat pelbagai agensi siasatan di Malaysia, termasuk Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ketua Audit Negara dan PAC.

“Pihak berkuasa Malaysia yang telah memulakan siasatan ke atas 1MDB. Selepas penyiasata­n menyeluruh, Peguam Negara mendapati tiada kesalahan jenayah dilakukan. (Bagaimanap­un) 1MDB masih menjadi bahan siasatan PDRM.

“Kita mengambil maklum tindakan sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat terhadap pelbagai aset syarikat itu.

“Seperti yang sering ditegaskan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak), undang-undang akan dikuatkuas­akan tanpa pengecuali­an jika terbukti berlaku sebarang salah laku berhubung 1MDB,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

1MDB tiada aset di Amerika Syarikat

Dalam pada itu, 1MDB dalam kenyataann­ya berkata ia bukan pihak terbabit dalam saman sivil berkenaan serta tidak mempunyai aset di Amerika Syarikat atau sebarang kepentinga­n dalam pelbagai transaksi seperti dinyatakan dalam saman berkenaan.

Syarikat pelaburan strategik itu berkata, 1MDB tidak dihubungi Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat atau mana-mana agensi asing berkaitan siasatan mereka.

 ?? [FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA/BH] ?? Khalid beramah mesra dengan pegawai kanan PDRM yang menyertai program Trim&fit PDRM di PULAPOL, Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA/BH] Khalid beramah mesra dengan pegawai kanan PDRM yang menyertai program Trim&fit PDRM di PULAPOL, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia