Berita Harian

AS, Singapura sita aset RM717.2 juta

-

Kuala Lumpur: Singapura menyita aset bernilai RM717.2 juta ($240 juta) daripada individu dan syarikat terbabit dengan beberapa pergerakan aliran wang membabitka­n 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB).

Kenyataan bersama Pejabat Peguam Negara Singapura (AGC), Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) dan Jabatan Hal Ehwal Komersial Pasukan Polis Singapura (CAD) berkata, daripada jumlah itu, RM359 juta (S$120 juta) adalah aset daripada akaun bank dan hartanah adalah milik Low Taek Jho dan keluargany­a yang terdekat.

Katanya, Singapura masih menyiasat pergerakan dana melalui negara itu yang membabitka­n 1MDB.

Siasatan terus dijalankan

“Siasatan bermula sejak Mac 2015 dan ia terus berjalan membabitka­n aspek pengubahan wang haram, penipuan sekuriti, penyelewen­gan dan kesalahan lain berkaitan syarikat berkenaan yang berlaku di Singapura.

“Siasatan itu termasuk pergerakan pembiayaan membabitka­n syarikat berkaitan yang berhubung dengan 1MDB seperti Good Star Limited (Seychelles), Aabar Investment­s PJS Limited (BVI), Aabar Investment­s PJS Limited (Seychelles) dan Tanore Finance Corp (BVI).

“Kami mengambil maklum mengenai kenyataan dikeluarka­n Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) semalam (kelmarin) berhubung permohonan pelucutan dana lebih RM4 bilion (AS$1 bilion) dalam aset yang berkaitan 1MDB,” kata kenyataan yang dikeluarka­n Pusat Media Singapura, semalam.

Awal pagi semalam, DOJ memfailkan saan menyita aset berkaitan 1MDB bernilai RM4 bilion dalam kes pengubah wang haram yang terbesar negara itu membabitka­n entiti luar.

Saman yang difailkan di Los Angeles itu bertujuan merampas aset yang ‘terbabit dalam dan boleh dikesan kepada suatu konspirasi antarabang­sa untuk mengubah wang yang dilesapkan daripada 1MDB’.

Ia turut menamakan Low Taek Jho atau Jho Low dan anak tiri Perdana Menteri, Riza Aziz.

Dana yang diseleweng itu didakwa digunakan untuk pembelian aset oleh mereka yang terbabit dalam konspirasi berkenaan, ahli keluarga mereka serta rakan kongsi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia