Berita Harian

Indonesia haram di Istana Presiden

-

Jakarta: Indonesia secara rasminya mengharamk­an permainan Pokemon Go dimainkan di kawasan Istana Presiden.

Amaran bercetak yang ditampal di sekitar Kompleks Istana Presiden, Jakarta, semalam itu menyatakan bermain atau memburu Pokemon adalah dilarang di kawasan istana.

Ketua Biro Media Istana Presiden, Bey Machmuddin berkata, kawasan berkenaan adalah pejabat presiden, bukannya tempat permainan.

Setiausaha Kabinet, Pramono Agung, pada minggu lalu berkata, beliau mendapati beberapa Pokemon ditangkap di sekitar istana menyebabka­n pegawai mula bimbang apabila permainan itu boleh merisikoka­n keselamata­n kawasan berkenaan.

Polis juga diharamkan bermain permainan itu ketika bertugas dan media tempatan melaporkan Menteri Pertahanan, Ryamizard Ryacudu sudah memberi amaran permainan itu mungkin digunakan warga asing untuk mengesan maklumat sensitif.

Permainan Pokemon GO yang menggunaka­n Google Maps menerusi telefon pintar bagi mencari makhluk Pokemon sudah popular di Amerika Syarikat dan beberapa negara lain.

Pada Isnin lalu, Polis Indonesia menahan seorang lelaki warga Perancis yang menceroboh pangkalan tentera di sebuah bandar Jawa Barat ketika mahu memburu makhluk Pokemon.

Jepun berwaspada

Sementara itu, Jepun mengambil langkah berwaspada membabitka­n keselamata­n pengguna yang tidak sabar menunggu pelancaran aplikasi permainan Pokemon GO.

Tokyo mengeluark­an sembilan panduan keselamata­n membabitka­n bahaya mengenai alat itu kepada rakyatnya, termasuk strok haba, penipuan dalam talian dan individu tidak dikenali yang meragukan.

Pusat Kesediaan Insiden dan Strategi Sekuriti Siber Kebangsaan (NISC) Jepun mengingatk­an peminat Pokemon GO supaya memuat turun aplikasi cuaca untuk mengelak makhluk Pokemon menyebabka­n mereka berada di lokasi tsunami atau kawasan bahaya akibat cuaca.

Strok haba menjadi kebimbanga­n tahun ini, justeru panduan itu menasihatk­an pemain Pokemon GO memakai topi.

Ibu bapa turut diingatkan mengambil gambar anak mereka yang bermain aplikasi itu untuk memudahkan penyelamat mencari mereka, jika hilang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia