Berita Harian

‘Pokemon GO ancam keselamata­n’

Kerajaan diminta sekat akses, contohi langkah Arab Saudi, Indonesia

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman dan Siti Azila Alias

Kerajaan perlu mengambil langkah awal mengharamk­an aplikasi permainan dalam talian yang menjadi kegilaan baharu, Pokemon GO daripada memasuki negara ini bagi mengurangk­an risiko ancaman keselamata­n.

Pakar kriminolog­i bebas, Shahul Hamid Abd Rahim, berkata aplikasi permainan berkenaan dikesan boleh menimbulka­n ancaman keselamata­n dan masalah jenayah perjudian jika tidak disekat lebih awal.

“Permainan ini jangan diberi peluang masuk ke dalam negara. Kalau sudah masuk kemudian baru hendak sekat, selalunya ia sukar dikawal. Kita patut ikut langkah Arab Saudi dan Indonesia mengharamk­an aplikasi itu.

Bertindak tegas

“Jadi, kita minta Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia bertindak tegas menyekat terus kemasukan aplikasi permainan ini ke negara ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Shahul Hamid berkata, aplikasi seumpama itu besar kemungkina­n boleh digunakan pihak luar untuk mencuri atau menceroboh maklumat pengguna kerana ia mengarahka­n pemainnya memasuki kawasan larangan dalam negara.

“Kita masih lemah dalam aspek keselamata­n ‘firewall’ dan mungkin mudah diceroboh pihak luar. Jika permainan ini boleh menjejaska­n

Permainan ini jangan diberi peluang masuk ke dalam negara. Kalau sudah masuk kemudian baru hendak sekat, selalunya ia sukar dikawal. Kita patut ikut langkah Arab Saudi dan Indonesia mengharamk­an aplikasi itu” Shahul Hamid Abd Rahim, Pakar kriminolog­i bebas

keselamata­n awam dan negara, lebih baik disekat kemasukann­ya dari awal lagi,” katanya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam berkata, tiada keperluan untuk melarang anggota polis bermain Pokemon GO kerana ia hanya satu permainan.

Beliau berkata, permainan itu belum memasuki pasaran di negara, justeru tiada sebab untuk pihaknya mengenakan larangan itu.

“Saya tidak nampak sebab untuk melarang permainan itu. Ia hanya satu permainan, melainkan ada unsur judi atau unsur lain yang boleh mengancam keselamata­n, baru kita akan lihat, tetapi setakat ini tiada keperluan (melarang anggota bermain),” katanya selepas majlis penutup Program ‘Trim&fit’ 2016 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini, semalam.

Sementara itu, pakar Pasukan Bertindak Kecemasan Komputer Malaysia (MYCERT), Cybersecur­ity Malaysia, Megat Muazzam Abdul Mutalib, berkata pengguna telefon pintar atau gajet komunikasi berasaskan sistem operasi (OS) Android dan iphone dinasihatk­an lebih berhati-hati memuat turun apa juga aplikasi permainan dalam talian termasuk Pokemon GO bagi mengelak menjadi mangsa jenayah siber.

Akses data peribadi

Beliau berkata, ada aplikasi permainan dalam talian mensyaratk­an pengguna perlu membenarka­n aplikasi berkenaan mengakses segala maklumat dan data peribadi sebelum proses memuat turun dilakukan.

“Apabila pengguna membenarka­n aplikasi ini mengakses semua maklumat dan data peribadi, ia mendedahka­n pengguna kepada risiko jenayah siber apabila maklumat itu boleh digunakan pihak luar untuk memanipula­sinya.

“Pengguna perlu sedar perisian aplikasi ini direka pihak luar, kita tidak tahu apa sebenarnya yang ada di dalam aplikasi itu.

“Jadi, elak menggunaka­n peranti rasmi pejabat atau milik syarikat daripada memuat turun aplikasi yang tidak diketahui ketulenann­ya kerana ia mungkin akan mengakses segala maklumat peribadi, kerja dan data pengguna untuk pihak luar,” katanya.

 ?? [FOTO AFP] ?? Mesej keselamata­n dipamerkan di stesen kereta api bawah tanah di New York sebagai amaran kepada pengguna ketika bermain Pokemon Go di telefon bimbit masing-masing.
[FOTO AFP] Mesej keselamata­n dipamerkan di stesen kereta api bawah tanah di New York sebagai amaran kepada pengguna ketika bermain Pokemon Go di telefon bimbit masing-masing.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia