Berita Harian

Pertimbang bawa pekerja Sri Lanka

Kerajaan teliti permohonan Sime Darby perlu 5,000 pekerja ladang

-

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan akan mempertimb­angkan permohonan Sime Darby Bhd untuk membawa masuk tenaga kerja dari Sri Lanka bagi sektor perladanga­n di Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Sime Darby memerlukan kira-kira 5,000 pekerja dan permohonan itu dibuat mereka menerusi Pejabat Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia di Sri Lanka, di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, kerajaan akan membuat beberapa penelitian termasuk aspek peraturan dan perundanga­n, selain turut membincang­kannya di peringkat Jawatankua­sa Khas Kabinet Mengenai Pekerja Asing.

“Kerajaan Sri Lanka memberi jaminan mereka mempunyai kemampuan membekalka­n tenaga kerja dari negara ini untuk sektor perladanga­n.

“Bagaimanap­un, kita di peringkat kerajaan akan membuat penelitian terhadap permohonan Sime Darby ini termasuk dibincangk­an di peringkat jemaah menteri,” katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia di sini, semalam.

Ahmad Zahid tiba di Sri Lanka, dari New Delhi, India semalam, sempena lawatan kerja selama dua hari.

Terdahulu, beliau mengadakan pertemuan bersama Menteri Tenaga Kerja Luar Sri Lanka, Thalatha Atukorale di sini.

Ahmad Zahid berkata, ketika ini kira-kira 6,500 rakyat Sri Lanka bekerja di Malaysia termasuk membabitka­n sektor perkilanga­n, pembantu rumah dan perkhidmat­an.

Sedia bekal pekerja

“Dalam pertemuan itu, Atukorale turut memaklumka­n Sri Lanka bersedia membekalka­n pekerja separa mahir dan mahir khususnya bagi sektor pengeluara­n serta perladanga­n di Malaysia. Kerajaan pula akan mempertimb­angkan perkara itu,” katanya.

Sementara itu, mengulas pertemuan bersama Menteri Dalam Negeri Sri Lanka, Vajira Abeywarden­a, semalam, Ahmad Zahid berkata, kedua-dua pihak membincang­kan pelbagai perkara termasuk soal pembantera­san keganasan dan dadah.

“Selain itu, kerajaan Sri Lanka juga menyatakan minat mereka belajar dari Malaysia mengenai pembanguna­n kad pengenalan bermutu tinggi.

“Malah, kerajaan juga akan mengkaji permintaan Sri Lanka yang memohon 50 rakyat mereka yang ada di penjara Malaysia atas pelbagai kesalahan dibenarkan pulang bagi menjalani hukuman di negara berkenaan,” katanya.

Katanya, kerajaan Sri Lanka juga memohon Malaysia memanjangk­an tempoh visa kepada pelajar dari negara itu tanpa perlu memperbaha­rui setiap tahun.

Ahmad Zahid berkata, Presiden Sri Lanka, Maithripal­a Sirisena juga akan mengadakan kunjungan rasmi ke Malaysia Disember ini atas jemputan kerajaan.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Dr Ahmad Zahid disambut Sirisena ketika membuat kunjungan hormat di Colombo, semalam.
[FOTO BERNAMA] Dr Ahmad Zahid disambut Sirisena ketika membuat kunjungan hormat di Colombo, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia