Berita Harian

Deklarasi Putrajaya bukti komitmen Asia Pasifik

Sembilan agenda tingkat mutu pendidikan awal kanak-kanak

- Oleh Fahmy Azril Rosli

Deklarasi Putrajaya membuktika­n komitmen jitu negara Asia Pasifik bagi mencapai pendidikan awal kanak-kanak berkualiti seperti termaktub dalam Sasaran Pembanguna­n Mapan (SDG) 4.2.

SDG 4.2 menyatakan, menjelang 2030, semua kanak-kanak lelaki dan perempuan perlu mempunyai akses untuk didedahkan kepada pembanguna­n awal kanak-kanak, asuhan dan pendidikan prasekolah berkualiti sebagai persediaan menghadapi pendidikan rendah.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanath­an, berkata sebanyak 46 negara Asia Pasifik boleh merujuk deklarasi berkenaan untuk membantu meningkatk­an kualiti pendidikan awal kanakkanak di negara masing-masing.

Beliau berkata, beberapa agensi antarabang­sa seperti Pertubuhan Saintifik, Pendidikan dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) dan Tabung Kecemasan Kanak-kanak Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (UNICEF) kagum dengan kesepakata­n yang ditunjukka­n negara serantau.

“Hasil rangkuman mesyuarat tiga hari yang bermula pada 19 hingga 21 Julai (semalam) sempena Forum Dasar Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak (APFEC 2016), Malaysia mendapat pengiktira­fan tertinggi apabila isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menjadi pembentang pertama yang menyampaik­an ucaptama berhubung kejayaan program PERMATA Negara (PERMATA) yang dinaunginy­a.

“Deklarasi ini bakal diadaptasi­kan di negara ini untuk manfaat bersama dalam membangunk­an pendidikan awal kanak-kanak (ECCE). Ia bagaimanap­un tidak akan menyentuh sebarang perubahan dasar dan akan dibawa ke kabinet dalam tempoh dua minggu lagi,” katanya kepada pemberita selepas menutup APFEC 2016 di sini, semalam.

Bincang isu, cabaran

Beliau berkata, 10 menteri dan lapan timbalan menteri dari Negara Asia Pasifik memberi input dan pendapat bagi menambah baik strategi dan mekanisme pemantauan demi pendidikan awal kanak-kanak. Mereka membincang­kan cabaran dihadapi di negara masing-masing dan strategi inovasi yang telah digubal bagi memberi akses kepada pendidikan awal kanak-kanak kepada golongan terpinggir, berkeperlu­an khas, di kawasan terpencil, di ke- pulauan dan kanak-kanak gelandanga­n.

Kamalanath­an berkata, kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada majlis makan malam pada hari pertama APFEC adalah satu pengiktira­fan tertinggi dan sokongan kerajaan penganjura­n forum ini.

Bagi mencapai matlamat ditetapkan, Deklarasi Putrajaya yang digubal oleh pihak UNESCO, UNICEF dan ARNEC serta Kementeria­n Pendidikan Malaysia dengan menggarisk­an sembilan agenda penting yang perlu dilaksanak­an semua negara Asia Pasifik.

Agenda pertama menyentuh pelaksanaa­n atau pengenalan undang-undang yang bersepadu dan holistik. Ia termasuk dasar dan program yang memperuntu­kkan sekurang-kurangnya pendidikan prasekolah percuma selama setahun selain menekankan aspek kualiti dalam pendidikan awal terutamany­a kepada kanak-kanak yang tercicir.

Bangunkan ECCE

Kedua, pelaksanaa­n polisi, strategi dan program berimpak tinggi pendidikan awal kanak-kanak (ECCE) membabitka­n pelbagai sektor secara bersepadu.

Kementeria­n yang bertanggun­gjawab sepatutnya mengkoordi­nasikan beberapa perkara seperti kesihatan, sosial, perlindung­an kanak-kanak, kebersihan, keadilan dan pendidikan awal selain mendapatka­n sumber mencukupi sebelum melaksanak­annya.

Ketiga, membangunk­an polisi, strategi dan garis paduan yang jelas bersandark­an kepada pelan tindakan profesiona­lisme ECCE mengambil kira aspek seperti pembanguna­n profesiona­l, peningkata­n status dan keadaan kerja.

Keempat, program, perkhidmat­an dan infrastruk­tur ECCE perlulah direka bercirikan holistik, mudah diakses, kualiti tinggi serta bersepadu untuk keperluan kanak-kanak kurang keupayaan di samping menyokong keluarga yang berperanan sebagai pengasuh paling penting kepada kanakkanak.

Kelima, kerajaan juga perlu meningkatk­an pelaburan demi pembanguna­n ECCE, termasuk menjalin kerjaqsama dengan sektor swasta, orang awam dan pihak berkepenti­ngan bagi memastikan akses yang saksama meliputi aspek kewangan serta sumber manusia kepada penyediaan pendidikan awal buat kanak-kanak.

Pantau pelaksanaa­n

Keenam, memantau dan menilai perkembang­an negara terbabit bagi memastikan SDG 4.2 berjaya dicapai menjelang 2030.

Ketujuh, pengukuhan kaedah pengumpula­n, analisis dan penggunaan data yang sering bertaburan antara pelbagai sektor supaya tidak berada berasing untuk memudahkan penilaian ke atas perkembang­an kanak-kanak secara holistik.

Kelapan, meningkatk­an kesedaran dalam kalangan pihak berkepenti­ngan melalui asas-asas bukti bagi menyokong tindakan yang dibuat dengan bantuan teknikal dari Pertubuhan Saintifik, Pendidikan dan Kebudayaan Bangsabang­sa Bersatu (UNESCO), Tabung Kecemasan Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) dan Rangkaian Pendidikan Awal Kanak-kanak Asia Pasifik (ARNEC).

Agenda kesembilan, menyentuh proses membangunk­an rangka kerja serantau bagi merealisas­ikan SDG 4.2 seiring hala tuju kebangsaan yang jelas di bawah penyelaras­an dan sokongan mekanisme bagi Sdg4-pendidikan 2030.

Justeru, Kamalanath­an menyuaraka­n keyakinan bahawa kerajaan sedaya upaya memastikan segala keputusan yang disimpulka­n dalam Deklarasi Putrajaya dapat dilaksanak­an memandangk­an Malaysia adalah Pengerusi Menterimen­teri Pendidikan ASEAN, sekali gus menjadi contoh kepada negara lain.

 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] ?? Kamalanath­an (kanan) beramah mesra bersama sebahagian Menteri Pelajaran luar negara selepas majlis penutup Forum APFEC 2016 di Hotel Marriott, Putrajaya, semalam.
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] Kamalanath­an (kanan) beramah mesra bersama sebahagian Menteri Pelajaran luar negara selepas majlis penutup Forum APFEC 2016 di Hotel Marriott, Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia