Berita Harian

PRN hanya kepentinga­n peribadi pembangkan­g

UMNO Pulau Pinang persoal muslihat Guan Eng bubar DUN

- Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar dan Muhamad Yusri Muzamir

UMNO Pulau Pinang menjangka Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri akan tetap dibubarkan pada bila-bila masa selepas ini walaupun pembubaran yang sepatutnya berlaku kelmarin ditangguhk­an.

Pengerusin­ya, Datuk Seri Zainal Abidin Osman, berkata pihaknya dimaklumka­n DAP sudah bersedia membubarka­n DUN bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri (PRN), namun rakan sekutu mereka dalam Pakatan Harapan tidak yakin dengan keputusan itu.

“Cadangan awal DAP mahu buat pilihan raya tergempar, tapi tidak menjadi apabila sekutu dalam Pakatan Harapan masih tidak jelas dengan cadangan itu. Namun, kami berterima kasih kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng kerana bagi ‘notis awal’ ini untuk kami pertingkat­kan persediaan menghadapi PRN,” katanya.

Bercakap selepas Majlis Jamuan Aidilfitri UMNO Pulau Pinang di sini, semalam, beliau juga mempersoal­kan keperluan dan tujuan Guan Eng mahu mengadakan PRN, sedangkan Setiausaha Agung DAP itu menerima sokongan 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang dan Jawatankua­sa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.

Mahu penjelasan Guan Eng

“Adakah PRN untuk memberi laluan kepada calon daripada ‘Dinasti Lim’ bertanding di negeri ini, sebagai persediaan untuk Guan Eng sekiranya keputusan mahkamah tidak memihak kepadanya. Kita bukan menuduh sebaliknya kita mahu penjelasan daripada Guan Eng mengenai perkara itu.

“Sekiranya PRN untuk kepentinga­n peribadi, kita bimbang Pulau Pinang akan jadi rujukan negeri lain yang turut ingin mengadakan PRN sebelum tempoh matang pilihan raya umum atas alasan tertentu sehingga kerja pentadbira­n dan pembanguna­n tertangguh,” katanya.

Isu pembahagia­n kerusi

Kelmarin, kerajaan DAP Pulau Pinang menangguhk­an cadangan pembubaran DUN bagi memberi laluan kepada PRN, selepas PKR menjelaska­n parti itu perlu lebih masa untuk mengadakan perbincang­an.

Sementara itu, Naib Pengerusi I PKR Pulau Pinang, Datuk Mohd Rashid Hasnon yang juga Timbalan Ketua Menteri I, mengakui masalah pembahagia­n kerusi calon PKR dan DAP menjadi punca utama pembubaran DUN ditangguhk­an.

“Kita (PKR) belum yakin atau mendapat jawapan (objektif) kenapa perlu adakan PRN. Justeru, kita tidak boleh tergesages­a membuat keputusan dan perlu perjelaska­n beberapa syarat terlebih dahulu. Perkara seperti ini perlu dibincang dan satu syarat yang jelas perlu. Syarat satu lawan satu menjadi keutamaan PKR,” katanya.

 ?? [FOTO SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL/BH] ?? Zainal Abidin (tengah) pada sidang media selepas Majlis Jamuan Aidilfitri UMNO Pulau Pinang di Georgetown, semalam.
[FOTO SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL/BH] Zainal Abidin (tengah) pada sidang media selepas Majlis Jamuan Aidilfitri UMNO Pulau Pinang di Georgetown, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia