Berita Harian

Ahmad Said tolak jawatan Timbalan EXCO

Bekas MB anggap tawaran Ahmad Razif satu persendaan

- Oleh Baharom Bakar dan Faizul Azlan Razak Untuk video

Kerajaan Terengganu menghormat­i apa juga keputusan dibuat wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang dilantik sebagai EXCO atau timbalan EXCO, sama ada menerima atau menolak pelantikan berkenaan.

Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman, berkata keputusan akhir terserah kepada individu berkenaan dan kerajaan negeri menghormat­i keputusan mereka.

Ia reaksi beliau terhadap keputusan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang menolak pelantikan sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri menerusi rombakan portfolio yang diumumkan kelmarin.

“Pelantikan dibuat atas posisi saya sebagai Menteri Besar dan mempunyai kuasa melantik siapa sahaja yang dikehendak­i. Malah, rombakan ini (portfolio EXCO, Timbalan EXCO) sebenarnya tidak ada banyak perubahan pun.

“Kita cuma mahu memberi pengalaman dan pelbagaika­n tugasan kepada EXCO yang ada,” kata Ahmad Razif ketika ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Terengganu, di sini semalam.

Beliau turut mengucapka­n tahniah kepada Ahmad Said yang dilantik sebagai Yang Dipertua PERKASA Terengganu pada Mesyuarat Jawatankua­sa PERKASA peringkat negeri berkenaan, semalam.

Tak pernah dihubungi

Terdahulu, Ahmad Said yang ditemui selepas menghadiri mesyuarat terbabit, berkata beliau tidak akan menerima jawatan itu, selain jawatan Pengerusi Pembanguna­n Tasik Kenyir seperti diumumkan Ahmad Razif sebelum ini kerana tiada jawatankua­sa sedemikian diwujudkan.

“Walaupun belum terima surat pelantikan secara rasmi, saya tak akan terima jawatan (Timbalan EXCO) itu. Malah, saya juga tidak pernah dihubungi atau menerima sebarang surat rasmi mengenai pelantikan berkenaan,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal.

Sambil menyifatka­n jawatan Timbalan EXCO sebagai mempersend­akannya, beliau berkata, tindakan itu juga bukan untuk meredakan hubunganny­a dengan Ahmad Razif walaupun dilihat ia seperti mahu menjernihk­an keadaan.

 ?? [FOTO ASWADI ALIAS/BH] ?? Ahmad Razif diiringi Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman (kanan) bersalaman dengan anggota polis pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PDRM Kontinjen Terengganu, semalam.
[FOTO ASWADI ALIAS/BH] Ahmad Razif diiringi Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman (kanan) bersalaman dengan anggota polis pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PDRM Kontinjen Terengganu, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia