Berita Harian

Tiga pemimpin Sidang serah balik darjah Naning

-

Jasin: Tiga pemimpin Persatuan Ketua-ketua Kampung (Sidang) Negeri Melaka akan menyerahka­n kembali watikah penganuger­ahan darjah kebesaran dari Institusi Naning yang diterima mereka dua tahun lalu.

Pengerusin­ya merangkap Sidang Kampung Peringgit, Shaari Abu; Sidang Mukim Bukit Lintang, Nordin Ismail dan Sidang Mukim Durian Tunggal, Johari Khamis, membuat pengumuman itu semalam, sehari selepas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron memberi peringatan mengenai anugerah yang tidak diiktiraf kerajaan.

Ketika ditemui, Shaari berkata, mereka kesal kerana menerima Anugerah Dato’ Jaksa yang membawa gelaran Datuk walaupun tiada sebarang permohonan dibuat kepada Institusi Naning, malah penganuger­ahan pada 27 April 2014 juga dibuat tanpa majlis rasmi kecuali makan tengah hari secara santai.

“Saya hadir majlis itu tanpa jemputan rasmi kecuali dimaklumka­n menerusi aplikasi Whatapps seorang rakan. Apabila tiba di sebuah hotel di bandar Melaka, saya dipakaikan tanjak dan selempang seterusnya menyertai majlis makan tengah hari.

Terima watikah

“Kira-kira enam bulan selepas itu, saya menerima watikah penganuger­ahan Dato’ Jaksa daripada seorang individu secara serahan tangan. Saya tidak menggunaka­n gelaran Datuk dalam apa-apa urusan rasmi selama ini,” katanya.

Sementara itu, EXCO Pertanian dan Pembanguna­n Usahawan negeri, Datuk Hasan Rahman yang hadir menyaksika­n majlis pengumuman Shaari, Nordin dan Johari bersama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Maslina Baki dan Pegawai Daerah Jasin, Zamrud Yahya, berkata tindakan tiga pemimpin itu adalah wajar.

 ?? [FOTO KHAIRUNISA­H LOKMAN/BH] ?? Hasan (kanan) bersalaman dengan (dari kiri) Nordin, Johari dan Shaari selepas sidang media pemulangan watikah penganuger­ahan gelaran Dato’ Jaksa yang diterima daripada Institusi Adat Naning di Pusat Transforma­si Luar Bandar Sungai Rambai, Jasin, semalam.
[FOTO KHAIRUNISA­H LOKMAN/BH] Hasan (kanan) bersalaman dengan (dari kiri) Nordin, Johari dan Shaari selepas sidang media pemulangan watikah penganuger­ahan gelaran Dato’ Jaksa yang diterima daripada Institusi Adat Naning di Pusat Transforma­si Luar Bandar Sungai Rambai, Jasin, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia