Berita Harian

Kolokium pengajian Malaysia di Ohio, September

-

Kuala Lumpur: Pemegang kerusi Tun Abdul Razak (TARC) Prof Dr Jayum Jawan, yang berpejabat di Universiti Ohio, akan menganjurk­an Kolokium Siswazah Mengenai Pengajian Malaysia pada September ini.

Kolokium tiga hari dari 14 hingga 17 September itu akan mengumpulk­an 26 penuntut yang sedang melakukan kajian sama ada untuk peringkat sarjana atau doktor falsafah dalam pelbagai bidang yang memfokuska­n kepada Malaysia.

“Tujuan kolokium ini adalah untuk menyediaka­n platform kepada penuntut yang membuat kajian mengenai Malaysia, berkumpul, bertukar-tukar pandangan dan berkongsi aktiviti kajian, selain memberi peluang mengantara­bangsakan universiti mereka serta mobiliti global,” menurut satu kenyataan yang dikeluarka­n di sini.

Peluang berinterak­si

Katanya, pembentang juga berpeluang berinterak­si dengan rakan mereka, namun fokus kolokium itu adalah untuk membentang dan menerima maklum balas daripada fakulti Universiti Ohio.

“Bagi penuntut berkenaan, ia memberi pendedahan yang baik serta peluang membuat penanda aras dengan orang lain dan amalan terbaik antarabang­sa dalam penyelidik­an, penulisan dan penerbitan,” katanya.

Ucaptama akan dibuat Prof Dr Md Amin Md Taff dari Universiti Pendidikan Sultan Idris yang ketika ini Pengarah Bahagian Pendidikan, Kementeria­n Pendidikan Tinggi yang berpangkal­an di Washington DC.

Peserta terdiri daripada calon graduan dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mereka akan disertai calon graduan dari Universiti Brunel di United Kingdom dan Institut Graduan Nasional Mengenai Pengajian Dasar di Tokyo serta calon kedoktoran College of Health Sciences and Profession­s, Universiti Ohio.

Kertas yang dibentangk­an di kolokium itu akan disemak untuk penerbitan dalam Siri Kertas Tun Abdul Razak.

Prof Jayum, tokoh ke-15 yang menduduki TARC serta profesor pelawat untuk sains politik, adalah profesor kanan dalam politik dan kerajaan dari Universiti Putra Malaysia.

Beliau mendapat pelantikan berkembar di Pusat Pengajian Antarabang­sa dan Jabatan Sains Politik, Kolej Sastera dan Sains, Universiti Ohio. Prof Jayum menduduki kerusi Razak dari 2015 hingga 2017.

 ??  ?? Jayum Jawan
Jayum Jawan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia