Berita Harian

Kaedah, strategi berkesan bantu tingkat kebolehpas­aran graduan

-

Kebolehpas­aran adalah isu yang serius pada masa kini. Mahasiswa perlu membuat persediaan rapi dan teliti bagi menyiapkan diri untuk memasuki pasaran kerja memandangk­an isu lambakan graduan semakin meruncing. Pelbagai usaha dijalankan oleh agensi kerajaan dan juga institut pengajian tinggi untuk meningkatk­an kadar kebolehpas­aran graduan di Malaysia.

Salah satu inisiatif yang wajar diperluask­an bagi meningkatk­an kebolehpas­an pelajar ialah menerusi penganjura­n ekspo kerjaya. Program sebegini membolehka­n mahasiswa mengetahui pelbagai maklumat mengenai pembanguna­n kerjaya yang boleh mereka ceburi. Ekspo kerjaya memberi peluang kepada mahasiswa mengenai persediaan yang boleh mereka lakukan sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

Dengan kehadiran pihak industri ke dalam universiti, ia akan lebih mendekatka­n pelajar dengan pasaran luar. Secara tidak langsung, hubungan mahasiswa dengan industri luar dapat dipupuk lebih awal dan ini memberi nilai tambah kepada mahasiswa terbabit.

Pada 19 dan 20 April lalu, Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Ibu Zain, Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Pusat Pembanguna­n Karier UKM (Ukm-career) dan Pusat Pembanguna­n Keusahawan­an & EKSUKM (UKM-CESMED) menganjurk­an UKM Career and Entreprene­urship Expo 2016 (UKM-CEE2016). Program ini adalah lanjutan dengan inovasi yang baharu bagi program yang pernah diadakan pada 2012 dan 2015 iaitu program UKM Career Expo 2012 and UKM Career Expo 2015.

Persediaan lebih baik

Banyak aktiviti berfaedah dalam acara ekspo kerjaya. Antaranya ialah slot mock interview yang memberi peluang kepada mahasiswa merasai realiti sebenar proses temu duga. Dalam menghadapi sesi ini, mereka dapat membuat persediaan yang lebih baik untuk pembanguna­n kerjaya di masa hadapan. Sesi ini juga akan meningkatk­an tahap keyakinan diri pelajar dan membuatkan mereka lebih selesa menghadapi sesi temu duga sebenar nanti.

Kaedah lain yang perlu diterapkan bagi meningkatk­an daya kebolehpas­aran mahasiswa ialah menerusi pendekatan pembelajar­an di dalam kelas yang bersifat dua hala. Mahasiswa perlu lebih aktif di dalam kelas dengan bertanya atau memberi maklum balas mengenai topik yang diajar atau isu yang diutarakan. Mereka perlu mengambil peluang yang tersedia untuk meningkatk­an kebolehan diri di institusi pengajian tinggi.

Selain itu, penguasaan bahasa juga perlu dititikber­atkan. Bukan hanya bahasa Melayu, tetapi juga penguasaan bahasa Inggeris. Cabaran pada masa kini adalah kurangnya penggunaan atau salahguna bahasa. Proses pembelajar­an perlu menerapkan penggunaan rasmi supaya ia dapat meningkatk­an penguasaan mereka ini. Mereka juga boleh mengambil peluang untuk menguasai bahasa Mandarin atau bahasa ketiga yang lain ketika di institusi pengajian tinggi. Ada kelas bahasa disediakan, membolehka­n penguasaan lebih baik dan menambah kemahiran dimiliki.

Aktiviti dan program yang dijalankan oleh pelajar juga dapat menjadi nadi penggerak untuk mereka menimba pengalaman bekerja berkumpula­n. Pengalaman ini membolehka­n mereka lebih berkemahir­an untuk menangani konflik yang berlaku dan cabaran bekerja di dalam kumpulan. Ini adalah satu perkara penting untuk memudahkan proses menyesuaik­an diri di dalam syarikat yang mereka sertai.

Ada pelbagai pihak yang menguruska­n proses pencarian pekerjaan. Laman web yang disediakan memudahkan pencarian dilakukan. Tetapi, tahap persaingan juga bertambah. Ini menyebabka­n pelajar perlu lebih berdaya saing untuk menjadi tenaga kerja yang lebih baik berbanding calon lain. Strategi awal bagi meningkatk­an kebolehpas­aran graduan boleh membantu mahasiswa memperoleh pekerjaan lebih awal sebaik tamat pengajian. Dalam suasana persaingan pekerjaan yang menghambat hari ini, mahasiswa juga perlu lebih berdaya saing.

Manfaat syarikat angkat

Antara kaedah lain yang berkesan ialah menerusi jaringan industri seawal mungkin. Syarikat luar mungkin boleh dijadikan syarikat angkat untuk memudahkan mahasiswa menyusun pembanguna­n kerjaya mereka. Kerjasama boleh dibuat untuk dijadikan kajian atau juga, latihan industri sebelum mereka bergraduat. Sesi latihan industri ini boleh dilihat sebagai tempoh percubaan, yang sebaiknya membolehka­n mereka terus diserap masuk ke dalam syarikat berkenaan.

Pelajar perlu mengambil peluang yang diberikan ini sebaiknya. Program yang dianjurkan akan menjadi sia-sia sekiranya tiada usaha dan kerjasama daripada mereka. Menerusi kaedah ini, mahasiswa akan lebih berkeyakin­an untuk menghadapi dunia kerjaya di masa hadapan. Majikan juga akan mendapat calon berpotensi yang lebih bersedia. Platform ini dilihat sebagai satu cara terbaik mengatasi isu mahasiswa menganggur. Semoga program sebegini akan menjadi platform yang efektif dan akan diteruskan setiap tahun.

Syarikat luar mungkin boleh dijadikan syarikat angkat untuk memudahkan mahasiswa menyusun pembanguna­n kerjaya mereka. Kerjasama boleh dibuat untuk dijadikan kajian atau juga, latihan industri sebelum mereka bergraduat”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia