Berita Harian

Modal RM500,000 mampu bina litar lumba kos rendah

Bina gelanggang di kawasan milik PBT, agensi lain serta di stadium di setiap daerah

- Oleh Rafidah Mat Ruzki, Suzaini Sulaiman dan Noor Atiqah Sulaiman

Kuala Selangor

Kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) hanya perlu mengeluark­an belanja kira-kira RM500,000 untuk membina satu litar lumba kos rendah di setiap daerah.

Pengasas Litar Lumba Rakyat Kuala Selangor (LLRKS), Asnawi Askor, 45, berkata kos penyelengg­araan litar yang dibangunka­nnya bersama abangnya, Zamri, 47 dan rakan baik, Aminudin Jamingan, 45, di Kuala Selangor itu memerlukan kira-kira RM10,000 untuk diselengga­rakan setiap bulan.

Sehubungan itu katanya, tiada sebab kemudahan litar lumba kos rendah seperti itu tidak boleh diwujudkan di mana-mana daerah di negara ini dengan pembiayaan daripada kerajaan negeri.

“Saya lebih percayakan litar lumba kos rendah dengan panjang trek antara 1 hingga 1.5 kilometer.

“Oleh itu, tidak perlu nak ratakan tanah sebaliknya ia boleh dibina di lokasi sesuai di kawasan milik PBT dan agensi lain termasuk di stadium di setiap daerah.

“Dengan kos sedemikian, litar lumba kos rendah ini boleh dibina di kawasan yang menghadapi masalah lumba haram kritikal seperti Selangor, Kedah, Terengganu, Pulau Pinang dan Johor,” katanya.

Asnawi berkata, di Selangor kerajaan negeri memang dilihat menunjukka­n hasrat membina litar lumba kos rendah di daerah lain di selatan negeri ini, serta meminta pengurusan Litar Lumba Rakyat Kuala Selangor menghantar laporan dua kali setahun untuk melihat keberkesan­an konsep diperkenal­kan itu.

Bagaimanap­un, katanya, beliau berharap supaya hasrat berkenaan dapat direalisas­ikan dengan segera dalam usaha membantera­s kegiatan lumba haram di negeri itu.

Tak berlumba secara haram

Pada masa sama katanya, jika kerajaan negeri berjaya mewujudkan lebih banyak litar lumba kos rendah di daerah lain, anak muda tidak perlu lagi berlumba di jalan raya secara haram selain undang-undang membabitka­n kesalahan berkenaan boleh diperketat­kan.

LLRKS dibangunka­n Asnawi beberapa rakan pada tahun 2006 kesan penutupan Litar Lumba Batu Tiga di Shah Alam pada tahun 2003 menyebabka­n anak muda di Lembah Klang yang meminati bidang permotoran tiada lagi lokasi berlumba secara amatur.

Walaupun ketika itu Litar Antarabang­sa Sepang sudah dibuka, kami tidak mempunyai kewangan untuk berlatih di tempat berkelas dunia sebegitu.

Asnawi berkata, beliau dan beberapa rakan beberapa kali mencari lokasi tidak sesuai sehingga pernah ditahan polis kerana dituduh melakukan aktiviti lumba haram, na-

Tiada sebab kemudahan litar lumba kos rendah seperti itu tidak boleh diwujudkan di manamana daerah di negara ini dengan pembiayaan daripada kerajaan negeri” Asnawi Askor, Pengasas Litar Lumba Rakyat Kuala Selangor

mun dilepaskan selepas dimaklumka­n mereka mencari lokasi latihan.

“Kami berlatih secara berkumpula­n mengasah bakat bertanding di beberapa pertanding­an sehingga ada beberapa rakan yang berjaya hasil latihan di litar lumba diusahakan sendiri,” katanya.

Sementara itu, bekas pelumba, Herman Amanah, 38, berkata LLRKS menjadi medan bekas pelumba motosikal berkongsi pengalaman dan ilmu perlumbaan dengan mereka yang berminat.

Pencapaian membanggak­an

“Setakat ini kami berjaya mendidik lebih 20 anak muda di daerah ini menyertai beberapa pertanding­an peringkat negeri serta kebangsaan dan mampu meraih pencapaian membanggak­an walaupun menggunaka­n litar lumba yang ekonomi seperti ini.

“Walaupun litar ini berkonsep ekonomi ia sesuai untuk peserta pertanding­an ‘cub prix’ kerana konsep teknikal, jalan dan bentuk litar yang sepadan dengan jalan sebenar selain kami sedang dalam proses mendapat pengiktira­fan AAM (Persatuan Automobil Malaysia),” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ?? [FOTO IHSAN PEMBACA] ??
[FOTO IHSAN PEMBACA]
 ??  ?? Pelbagai aksi pelumba dan pengguna di Litar Lumba Rakyat Kuala Selangor.
Pelbagai aksi pelumba dan pengguna di Litar Lumba Rakyat Kuala Selangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia