Berita Harian

KBS perlu kelulusan kerajaan negeri, peruntukan

-

Putrajaya: Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) sedia mempertimb­angkan pembinaan litar lumba jika tapak yang ditawarkan kerajaan negeri untuk tujuan itu adalah bersesuaia­n dan ada peruntukan untuk melaksanak­annya.

Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Datuk Hatipah Ibrahim, berkata permohonan berkaitan boleh dikemukaka­n untuk pertimbang­an Unit Perancang Ekonomi (EPU) sebelum diluluskan agensi terbabit.

“Jabatan Belia dan Sukan perlu memohon peruntukan daripada Unit Kewangan KBS sebelum memulakan apa-apa projek bagi kegunaan belia. Kami juga perlu minta kelulusan tapak daripada kerajaan negeri untuk bina litar lumba berkenaan.

“Selepas dapat kelulusan, terserah kepada Kerajaan Pusat sama ada mahu membina litar lumba berkenaan atau tidak,” katanya ketika dihubungi BH semalam.

Kegunaan berbeza

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembanguna­n Sukan, Jabatan Belia dan Sukan, Mohd Azhari Mohammad, berkata sudah ada beberapa litar lumba di beberapa negeri tetapi untuk kegunaan yang berbeza.

“Setiap litar fungsinya berbeza. Ada yang boleh digunakan untuk go-kart dan ada untuk permotoran. Terbaharu, kita sedang membina litar lumba di Ledang, Johor," katanya.

Sebelum ini, BH dalam ruangan Halaman Kota menyatakan pembinaan litar lumba yang dicadangka­n tidak perlu terlalu canggih tetapi cukup sekadar memenuhi spesifikas­i yang ditetapkan Persatuan Automobil Malaysia (AAM).

Buat masa sekarang, hanya Kedah bercadang untuk membina litar lumba di Sungai Petani pada tahun depan, secara tidak langsung memberi ruang kepada belia yang mempunyai minat mendalam terhadap sukan permotoran.

Jabatan Belia dan Sukan perlu memohon peruntukan daripada Unit Kewangan KBS sebelum memulakan apa-apa projek bagi kegunaan belia” Hatipah Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia