Berita Harian

MRT Sungai Buloh-kajang siap 86.25 peratus

-

Kuala Lumpur: Pembanguna­n projek Mass Rapid Transit Corporatio­n Sdn Bhd (MRT Corp) bagi jajaran Sungai Buloh-kajang (SBK) berjalan lancar apabila mencapai 86.25 peratus siap setakat Mei lalu.

Fasa pertama Laluan SBK antara stesen Sungai Buloh dan stesen Semantan akan mula beroperasi pada Disember ini, manakala peringkat kedua operasi merangkumi baki laluan akan bermula pada Julai 2017.

Pengarah Bahagian Operasi dan Pengurusan Aset MRT Corp, Mahmood Abdul Razak, berkata setakat ini, semua kerja pembinaan awam bagi stesen, landasan bertingkat dan seksyen landasan jejambat sudah siap dibina.

Katanya, pihaknya kini sedang tumpu kerja pembinaan stesen dan pintu masuk serta pemasangan jejambat berhubung antara jalan dan kemudahan di stesen.

“Kami yakin projek membabitka­n laluan sejauh 51 kilometer (km) dan 31 stesen ini dapat berjalan lancar dengan kerja utama disiapkan pada waktu ditetapkan.

“Bagi menjalanka­n operasi fasa pertama, 24 kereta api akan diperlukan dan ia sudah dihantar ke MRT Depot Sungai Buloh.

Pandu uji 1 Oktober

“Kita akan melakukan pandu uji bagi operasi membabitka­n fasa pertama pada 1 Oktober ini,” katanya kepada pemberita ketika sesi penerangan di sini, semalam.

BH sebelum ini melaporkan MRT Corp memeterai Perjanjian Penyerahan dan Operasi MRT dengan Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail), yang dilantik mengendali­kan Laluan MRT SBK.

Perjanjian berkenaan menyatakan obligasi Rapid Rail, anak syarikat Prasarana Malaysia Bhd (PRASARANA) berkaitan dengan penyelengg­araan tren, stesen, sistem dan aset lain selain dilantik sebagai operator selama 10 tahun dengan pilihan lanjutan lima tahun lagi.

Mahmood berkata, Rapid Rail akan mengekalka­n semua tambang dikutip yang akan ditetapkan oleh Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD), manakala MRT Corp akan mengekalka­n pendapatan bukan tambang seperti pengiklana­n dan pajakan runcit.

 ?? [FOTO NURUL SHAFINA JEMENON/BH] ?? Mahmood pada sidang media sesi penerangan pembanguna­n projek MRT Sungai Buloh-kajang di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO NURUL SHAFINA JEMENON/BH] Mahmood pada sidang media sesi penerangan pembanguna­n projek MRT Sungai Buloh-kajang di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia