Berita Harian

HSR pemangkin ekonomi setempat

Penduduk perlu diberi penerangan lebih lanjut pelaksanaa­n projek

- Oleh Samadi Ahmad

Stesen transit bagi perkhidmat­an Rel Berkelajua­n Tinggi (HSR) yang difahamkan akan dibina di kawasan Kampung Datuk Abu Bakar Baginda, Sepang mampu menjadi pemangkin kepada kemajuan ekonomi penduduk setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Shahrum Mohd Sharif, berkata walaupun cadangan terbabit akan memberi kesan besar kepada penduduk kawasan itu, beliau mahu pihak berwajib menjelaska­n lebih lanjut mengenai projek berkenaan.

Katanya, isu seperti tapak stesen yang dipilih, berapa luas tanah diperlukan selain rumah yang mungkin terjejas berikutan pelaksanaa­n projek itu dan isu pampasan perlu dimaklumka­n terlebih dahulu.

“Selaku wakil rakyat kawasan ini, menjadi tanggungja­wab saya untuk mendapatka­n semua maklumat ini bagi memastikan kebajikan, kepentinga­n dan hak penduduk terjaga.

“Kampung Abu Bakar Baginda ini adalah perkampung­an dengan status Tanah Rizab Melayu dan sekiranya projek ini membabitka­n tanah penduduk, saya harap ganti rugi yang setimpal dapat dirundingk­an.

Belum terima maklumat

“Setakat ini, kami belum menerima apa-apa maklumat berkaitan pembinaan stesen HSR di sini, namun kita mengalu-alukan pembanguna­n kemudahan pengangkut­an awam yang moden ini di sini,” katanya ketika dihubungi BH semalam.

Semalam, Presiden Perbadanan Putrajaya (PPJ), Datuk Seri Hashim Ismail, dipetik berkata stesen transit itu akan dibina di kawasan kampung berkenaan.

Projek yang dijangka siap dalam tempoh 10 tahun itu dijangka memberi kesan besar kepada masyarakat Putrajaya dan kampung berkenaan kerana mampu membawa masuk lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara, terutama dari Singapura.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa dan Keselamata­n Kampung (JKKP) Persekutua­n, Kampung Datuk Abu Bakar Baginda, Rosli Derin, berkata beliau hanya mengetahui mengenai projek HSR itu selepas membaca laporan akhbar BH hari ini.

“Saya menyokong penuh pembanguna­n stesen HSR di kampung ini tetapi mahu pihak bertanggun­gjawab menjelaska­n mengenai projek yang akan dilaksanak­an ini supaya penduduk lebih faham dan membuat rujukan kepada sumber yang betul.

“Sekiranya projek ini menjadi kenyataan, ia akan memberi rahmat kepada semua penduduk kawasan setempat kerana nilai hartanah pasti akan meningkat berbanding harga sekarang,” katanya.

Selaku wakil rakyat kawasan ini, menjadi tanggungja­wab saya untuk mendapatka­n semua maklumat ini bagi memastikan kebajikan, kepentinga­n dan hak penduduk terjaga” Shahrum Mohd Sharif, ADUN Dengkil

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia