Berita Harian

Usahawan miliki aset percetakan RM1J

Ceburi perniagaan sejak usia 14 tahun, Muhamad Syarifudin kini miliki syarikat sendiri

- Oleh Mohamed Farid Noh

Mula berjinak dengan dunia perniagaan sejak berusia 14 tahun, seorang anak muda dari Parit Raja di sini, kini mampu membangunk­an syarikat percetakan milik sendiri dengan aset percetakan lebih RM1 juta.

Muhamad Syarifudin Mohd Yassin, 27, yang juga penuntut sarjana menubuhkan syarikat berkenaan sejak enam tahun lalu.

Lebih membanggak­an, ia mendapat sokongan syarikat dan pelanggan terkemuka termasuk Istana Negara, Iskandar Malaysia dan Southern Waste Management (SWM), selain beberapa hospital di Johor dan Lembah Klang.

Graduan Sarjana Muda Kejurutera­an Mekanikal itu berkata, syarikat percetakan­nya, Dewa Master, kini menawarkan pelbagai perkhidmat­an percetakan daripada kad kahwin, pelekat khas dan kain rentang sehinggala­h cetakan atau sulaman kemeja, cenderahat­i, buku, katalog, beg, poster mahupun kertas dinding.

Mampu beli kereta sendiri

Muhamad Syarifudin mula belajar berniaga sejak berusia 14 tahun dengan menjual burger dan pau sehingga mampu membeli kereta sendiri ketika berusia 17 tahun walaupun masih bersekolah.

Beliau berkata, kegigihan ibunya, Saeidah Salim, 53, yang juga ibu tunggal mencari pendapatan bagi menyara keluarga mendorong beliau berusaha mencari pendapatan sendiri.

“Ketika belajar di Politeknik Johor Bahru, saya menjadi ejen syarikat percetakan dengan membekalka­n kemeja, jaket dan alat tulis kepada kedai sekitar tempat saya belajar,” katanya.

Ia kemudian menarik minat syarikat pembekal sehingga bersetuju melatih beliau selok-belok perniagaan percetakan dan mencari peluang baharu.

“Dengan pendapatan yang dikumpul, saya menyertai pameran percetakan di ibu negara bagi mempromosi­kan produk termasuk kemeja, jaket serta alat tulis sehingga berjaya memperoleh tempahan besar daripada Universiti Kuala Lumpur ketika itu dengan nilai produk RM40,000,” katanya kepada BH.

Miliki 100 lebih ejen

Ketika melanjutka­n pengajian di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam bidang kejurutera­an mekanikal, beliau menyewa sebuah rumah kedai di Parit Raja bagi menempatka­n pekerja dan beberapa mesin percetakan miliknya.

Katanya, bermula dengan mesin pengecap getah untuk membuat cop syarikat yang dibeli dengan kos RM6,000, kini syarikatny­a mempunyai mesin percetakan tekstil, medium iklan inkjet, kertas dan buku serta cenderahat­i yang bernilai sehingga RM300,000.

Kini beliau mempunyai lebih 100 ejen di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak yang mengedarka­n dan memasarkan pelbagai perkhidmat­an serta produk yang dihasilkan­nya.

Dengan pendapatan yang dikumpul, saya menyertai pameran percetakan di ibu negara bagi mempromosi­kan produk termasuk kemeja, jaket serta alat tulis sehingga berjaya memperoleh tempahan besar daripada Universiti Kuala Lumpur ketika itu dengan nilai produk RM40,000” Muhamad Syarifudin Mohd Yassin, Usahawan percetakan

 ??  ?? Muhamad Syarifudin di hadapan kedainya di Dewa Master, Parit Raja, Batu Pahat. baju di kedainya.
Muhamad Syarifudin di hadapan kedainya di Dewa Master, Parit Raja, Batu Pahat. baju di kedainya.
 ?? [FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH] ?? Muhamad Syarifudin bersama pekerjanya melihat proses membuat
[FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH] Muhamad Syarifudin bersama pekerjanya melihat proses membuat
 ??  ?? Muhamad Syarifudin bersama pekerjanya melihat proses mencetak gambar.
Muhamad Syarifudin bersama pekerjanya melihat proses mencetak gambar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia