Berita Harian

ISA kaedah terbaik tangani ancaman IS

Malaysia tidak boleh berkomprom­i dalam isu keselamata­n

- Oleh Nor Azizah Mokhtar

Usaha mengekang aktiviti keganasan, termasuk ancaman keselamata­n didalangi kumpulan militan IS di negara ini lebih berkesan menerusi penguatkua­saan semula Akta Keselamata­n Dalam Negeri (ISA) 1960.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhan­aan Global (GMMF), Dr Nasharuddi­n Mat Isa, berkata aktiviti ganas militan wajar dikekang dengan undang-undang seperti ISA sebagai pendekatan tegas, selain pendekatan lembut.

“Pengembali­an semula ISA perlu dilihat sebagai medium terbaik mengekang tersebarny­a perkara yang boleh ancam keselamata­n negara,” katanya pada sidang media selepas menjadi ahli panel Sidang Khas Ancaman DAESH Bertapak di Malaysia, di sini semalam.

Beliau berkata, negara tidak boleh berkomprom­i dalam isu keselamata­n walaupun umum tahu akta berkenaan dimansuhka­n pada 2011 atas desakan politik.

Ancaman IS nyata

“Semua enam ahli panel pada hari ini (semalam) menyebut bahawa ancaman (IS) adalah nyata. Jadi mungkin ada peruntukan dalam ISA boleh diguna atau dikemas kini untuk sekat fahaman yang boleh mengajak kita kepada kegiatan keganasan. Apa salahnya undangunda­ng yang baik demi keselamata­n negara,” katanya.

Katanya, Rang Undang-undang Kesalahan Keselamata­n (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) memang memadai, tapi Malaysia perlu undang-undang lebih tegas seperti ISA kerana sejarah menunjukka­n banyak ancaman berjaya dikekang menggunaka­n akta itu.

Ahli panel lain ialah Timbalan Ketua Pengarah Operasi Pembanguna­n Modal Insan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Brig Jen Nawawi Daud; bekas Mufti Wilayah Persekutua­n, Datuk Wan Zahidi Wan Teh. Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Roslan Said.

Dua lagi ialah Pegawai Bahagian Penyelidik­an dan Pengurusan Krisis Negara, Majlis Keselamata­n Negara (MKN) Hamzah Ishak serta Pegawai Turus Bahagian Antikegana­san Cawangan Khas Bukit Aman, Superinten­dan Ahmad Norhishan Ma'arus.

 ?? {FOTO YAZIT RAZALI/BH] ?? Tetamu yang hadir sempena Sidang Khas Ancaman Daesh (IS) Bertapak di Malaysia, di Kuala Lumpur, semalam.
{FOTO YAZIT RAZALI/BH] Tetamu yang hadir sempena Sidang Khas Ancaman Daesh (IS) Bertapak di Malaysia, di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia