Berita Harian

Militan ada rangkaian peroleh bahan letupan, senjata

-

Kuala Nerus: Kes serangan bom di sebuah pusat hiburan di Puchong, Selangor pada 28 Jun lalu, menunjukka­n ahli kumpulan militan IS di negara ini mempunyai rangkaian untuk memperoleh bahan letupan dan kelengkapa­n persenjata­an dari luar negara.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antikegana­san Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata berdasarka­n maklumat, ahli IS di negara ini tiada kepakaran membuat bom buatan sendiri, sekali gus memerlukan mereka mendapatka­n bahan letupan dan senjata api dari luar negara.

Katanya, anggota Jemaah Islamiah (JI) atau al-qaeda sebelum ini mendapatka­n latihan di selatan Filipina dan Afghanista­n untuk mempelajar­i kemahiran membuat bom, namun ahli militan IS di negara ini tidak sempat berbuat demikian.

“Hasil siasatan polis terhadap serangan bom di pusat hiburan Movida di Puchong menunjukka­n anggota IS di sini ada hubungan dengan pihak tertentu di luar negara. Ia amat membimbang­kan kerana mereka mungkin boleh mendapatka­n banyak lagi bahan letupan untuk melancarka­n serangan di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Seminar Ancaman Pelampau Liberalism­e Terhadap Masyarakat Islam Malaysia yang dirasmikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, di sini semalam.

Justeru, Ayob berkata, pencegahan amat penting bagi menangani ancaman itu dan mengelakka­nnya merebak dengan lebih serius dalam kalangan masyarakat di negara ini, apatah lagi anggota IS akan menggunaka­n segala kaedah untuk membunuh orang awam dan menghuru-harakan negara seperti di Perancis baru-baru ini.

Terdahulu pada majlis dihadiri kira-kira 400 penuntut dan tenaga pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) itu, Asyraf mengingatk­an rakyat agar sentiasa bersyukur dengan keamanan yang dikecapi negara.

Ahli IS di negara ini tiada kepakaran membuat bom buatan sendiri, sekali gus memerlukan mereka mendapatka­n bahan letupan dan senjata api dari luar negara” Ayob Khan Mydin Pitchay, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antikegana­san Cawangan Khas Bukit Aman

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia