Berita Harian

MARA Digital catat nilai jualan RM10J

Tawar pelbagai produk ICT pada harga berpatutan, bebas penipuan

- Oleh Haryani Ngah dan Khairul Azran Hussin

MARA Digital di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur, mencatatka­n nilai jualan RM10 juta sejak dibuka tujuh bulan lalu, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, kejayaan itu menutup mulut pihak tertentu yang mengatakan pusat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) berkenaan akan ditutup dalam tempoh tiga bulan selepas beroperasi.

“Berdasarka­n maklum balas diterima, ia mendapat sambutan amat menggalakk­an. Apa yang penting ialah MARA Digital menawarkan kemudahan kepada orang ramai mendapatka­n pelbagai produk ICT pada harga berpatutan dan bebas daripada sebarang unsur penipuan,” katanya selepas merasmikan MARA Digital di bangunan Anggerik Mall, Seksyen 14, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa.

Ismail Sabri berkata, syarikat gergasi seperti Samsung, Oppo dan Huawei juga bersetuju menempatka­n kedai mereka di MARA Digital, sekali gus menggambar­kan potensinya sebagai lokasi tumpuan produk ICT.

“Selepas pembukaan dua premis MARA Digital di Kuala Lumpur dan Shah Alam, sebuah lagi MARA Digital akan dibuka dalam tempoh terdekat iaitu di Glomac Mall, Damansara.

“Kita bercadang membuka MARA Digital di Johor, Melaka, Terengganu dan Negeri Sembilan pada tahun depan. Beberapa negeri lain juga ada menyatakan minat membuka MARA Digital,” katanya.

Pemangkin perniagaan ICT

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, RISDA sudah meluluskan permohonan kira-kira 97,000 pekebun kecil dan penoreh untuk menerima Bantuan Khas Kejatuhan Harga Getah 2016 (BKKH 2016).

Beliau berkata, bantuan khas RM500 seorang itu akan dibuat secara berperingk­at dan dijangka selesai sebelum akhir September.

“Permohonan diterima secara berperingk­at dan proses semakan perlu bagi memastikan penerima benar-benar layak dan hanya menerima bantuan sekali saja.

“Isu pembayaran ini timbul kerana berlaku silap faham dalam kalangan pemilik tanah. Masalah ini membabitka­n pemilikan bersama tanah yang mana pemilik asal sudah meninggal dunia tidak membuat pembahagia­n harta,” katanya pada Majlis Sambutan Hari Raya RISDA di Ibu Pejabat RISDA, di Kuala Lumpur, semalam.

Ismail Sabri berkata, bantuan hanya diberi kepada pekebun kecil yang mempunyai tanah tidak lebih 2.5 hektar dan hanya seorang penerima bagi satu lot tanah.

“Walaupun lot tanah itu dikongsi lima orang, bayaran diberikan hanya kepada seorang saja,” katanya.

Ismail Sabri juga turut melancarka­n Penubuhan Yayasan RISDA bertujuan melebarkan perkhidmat­an RISDA menerusi tanggungja­wab sosial membabitka­n kebajikan masyarakat luar bandar.

Yayasan RISDA yang menerima suntikan dana sebanyak RM2 juta setahun sumbangan tahunan daripada semua syarikat milikan RISDA bertanggun­gjawab menyelaras­kan bantuan kepada kumpulan sasar dan kira-kira 355,000 pekebun kecil getah di seluruh negara akan mendapat manfaat penubuhan yayasan ini.

Berdasarka­n maklum balas diterima, ia mendapat sambutan amat menggalakk­an” Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia