Berita Harian

Pemandu anggap Uber, Grabcar ancaman terbesar

-

Kuala Lumpur: Penggunaan aplikasi dalam talian tidak menjamin pemandu Teksi 1Malaysia (TEKS1M) mampu mendapat penumpang, ekoran saingan daripada kereta sapu.

Pemandu TEKS1M juga menolak dakwaan Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) yang menyalahka­n mereka, kononnya tidak mahu berubah daripada bergantung pada kaedah konvension­al bagi mendapatka­n penumpang.

R Karuppiah yang memandu TEKS1M sejak pelancaran­nya di negara ini, berkata beliau terpaksa menggunaka­n pelbagai aplikasi dalam talian termasuk Grab, dalam usaha mencari penumpang demi menambah pendapatan.

“Namun, kami sukar mendapat penumpang yang masih cenderung menggunaka­n kereta sapu ekoran persepsi orang ramai.

“Situasi ini membuatkan kami tidak dapat mengelak daripada bergantung kaedah konvension­al, mencari penumpang tepi jalan serta lobi hotel yang membenarka­n kami berbuat demikian,” katanya.

Tolak dakwaan

Justeru, beliau menolak dakwaan Pengurus Negara bagi Grab Malaysia, Jaygan Fu, kononnya pemandu teksi yang berdaftar dengan aplikasi terbabit mampu meningkatk­an pendapatan masingmasi­ng sehingga 300 peratus.

Baljit Singh yang sudah memandu teksi sejak 28 tahun lalu sebelum beralih kepada TEKS1M sejak pelancaran­nya, menyifatka­n kereta sapu Uber dan Grabcar adalah ancaman besar kepada perkhidmat­an mereka.

Terpaksa bersaing dengan perkhidmat­an haram

“Keadaan itu menyebabka­n saya terpaksa mencari penumpang sekitar lobi hotel walaupun ada ketikanya perkhidmat­an Uber dan Grabcar kelihatan sedang mengambil pelanggan di tempat sama.

“Kami terpaksa bersaing dengan perkhidmat­an haram itu. Ada kalanya, saya hanya mampu meraih pendapatan sebanyak RM20 hingga RM50 sehari, berbanding RM200 sebelum kewujudan Uber dan Grabcar di negara ini.

 ?? [FOTO HAFIZ SOHAIMI/BH] ?? Karuppiah menunjukka­n bantahan kewujudan perkhidmat­an Uber dan Grabcar yang ditampal di cermin TEKS1M miliknya.
[FOTO HAFIZ SOHAIMI/BH] Karuppiah menunjukka­n bantahan kewujudan perkhidmat­an Uber dan Grabcar yang ditampal di cermin TEKS1M miliknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia