Berita Harian

SPAD tunggu kelulusan Kabinet tambah model kenderaan TEKS1M

Langkah tingkat imej, mudahkan migrasi pengangkut­an awam

- Oleh Rashiqah Ilmi Abd Rahim dan Fahmy Azril Rosli

Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) sedang menunggu kelulusan Kabinet untuk membenarka­n lebih banyak model kenderaan dijadikan Teksi 1Malaysia (TEKS1M) dalam usaha meningkatk­an imej pengangkut­an awam itu.

Ketika peringkat awal pelancaran­nya lebih tiga tahun lalu, kerajaan hanya membenarka­n penggunaan kenderaan pelbagai guna (MPV) PROTON Exora, sebelum model itu ditambah kepada Toyota Innova.

SPAD berkata, keputusan menambah lebih banyak model kenderaan dibuat berikutan maklum balas daripada pelbagai pihak, selain memudahkan migrasi kepada TEKS1M.

“Pada peringkat awal, kerajaan memutuskan mengguna satu model iaitu PROTON Exora seperti dilaksanak­an di London. Ketika ini, kira-kira 2,000 teksi berhijrah kepada kenderaan TEKS1M.

“Namun, timbul isu pengusaha individu tidak mampu menukar kenderaan kerana faktor pembelian, penyelengg­araan dan masalah teknikal lain. Kelonggara­n ini dibuat bagi memudahkan migrasi ini,” kata SPAD menerusi kenyataan yang dikeluarka­n di sini, semalam.

Kenyataan SPAD itu menyusul bagi menjawab pendedahan BH mengenai kegagalan perkhidmat­an TEKS1M menjadi ikon di negara ini seperti yang diimpikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika melancarka­nnya lebih tiga tahun lalu.

Selain gangguan kereta sapu Grab dan Uber, pemandu TEKS1M mendakwa khidmat mereka tersepit kerana tambang lebih mahal daripada teksi bajet serta disisihkan pengusaha hotel yang mengutamak­an teksi eksekutif yang menggunaka­n kereta lebih mewah berbanding PROTON Exora.

TEKS1M tak gagal

Dalam kenyataann­ya, SPAD mendakwa, perkhidmat­an TEKS1M tidak gagal kerana masih pada peringkat awal fasa pelaksanaa­nnya.

Katanya, TEKS1M adalah penjenamaa­n semula teksi bermeter bagi mengubah dan menaikkan taraf perkhidmat­an supaya lebih bermutu dan selesa.

“Memandangk­an ada kira-kira 86,000 teksi dari pelbagai kelas lesen di negara ini, perubahan tidak boleh dibuat sekelip mata. Kita berdepan pelbagai cabaran merangkumi struktur, budaya dan warisan yang rumit serta isu semasa seperti perkhidmat­an ‘e-hailing’.

Mengenai isu berkaitan tambang, SPAD berkata, kadar dan jarak masa ditetapkan adalah untuk menggalakk­an perubahan kepada kenderaan dan perkhidmat­an lebih baik kepada pengguna.

Kadar dan jarak masa ditetapkan untuk TEKS1M adalah bagi menggalakk­an perubahan kepada kenderaan dan perkhidmat­an yang lebih baik kepada pengguna” Kenyataan SPAD

 ??  ?? Keratan akhbar BH, semalam.
Keratan akhbar BH, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia