Berita Harian

Tempah keranda sebelum maut nahas

Mangsa guna wang KWSP buat persediaan hadapi kematian

- Oleh Harun Yahya

Tindakan seorang pegawai membeli keranda untuk dirinya dan keluarga serta bercerita soal kematian, menjadi petanda akhir sebelum maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer 38, Jalan Sibu-selangau di sini, semalam.

Kejadian itu mengorbank­an Penolong Pegawai Meteorolog­i Sibu, Hollis Lidom, 34, yang rentung apabila kereta PROTON Saga FLX dipandunya terbakar selepas bertembung dengan sebuah lori kelapa sawit, kira-kira jam 7.25 pagi semalam.

Rakan mangsa, Ismail Narawi, 28, berkata mangsa pernah bercerita mengenai persiapan menghadapi kematian, termasuk menggunaka­n wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikeluarka­nnya untuk membeli keranda.

“Kami bertugas di jabatan sama sejak lima tahun lalu. Sepanjang mengenalin­ya, mendiang seorang ceria dan jarang berkongsi kisah peribadi.

“Bagaimanap­un, Hollis banyak bercerita mengenai persiapan menghadapi kematian sejak kebelakang­an ini.

Harga keranda mahal

“Dia ada menyebut mengenai kos pengebumia­n dan harga keranda yang mahal. Dia mahu membuat persediaan awal supaya tidak menyusahka­n keluargany­a,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Sibu di sini, semalam.

Sebuah jentera bersama sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah dihantar ke lokasi kejadian bagi memadam kebakaran, sebelum mengeluark­an mangsa yang tersepit.

Ismail berkata, Hollis ada memberitah­u sudah menempah keranda untuk dirinya, ibu bapa dan nenek yang sudah berusia lebih 100 tahun serta semakin uzur.

“Sebaik disahkan taraf berpencen, mendiang mengeluark­an wang KWSP dan terus menempah keranda.

“Sekurang-kurangnya, hajat mendiang berbakti kepada keluarga terutama ibu bapa dan nenek kesayangan­nya tertunai,” katanya.

 ?? [FOTO HARUN YAHYA/BH] ?? Keadaan mayat mangsa yang rentung tersepit di dalam kereta dengan lori sawit di Kilometer 38, Jalan Sibu-selangau, semalam. selepas terbabit dalam kemalangan
[FOTO HARUN YAHYA/BH] Keadaan mayat mangsa yang rentung tersepit di dalam kereta dengan lori sawit di Kilometer 38, Jalan Sibu-selangau, semalam. selepas terbabit dalam kemalangan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia