Berita Harian

Penipuan pelaburan RM13J motif bunuh

Lelaki upah pembunuh tembak mangsa elakbayar semula wang

- Oleh Nor Azizah Mokhtar

Penipuan pelaburan bernilai RM13 juta dipercayai menjadi motif utama pembunuhan ejen hartanah, Datin Wong Siew Ling, yang ditembak mati di Jalan Hujan Emas 4, Taman OUG Jalan Klang Lama di sini, pada 6 Julai lalu.

Wang yang sepatutnya dilaburkan untuk perniagaan seramik itu dikatakan lesap selepas mangsa menyerahka­nnya kepada seorang ahli perniagaan lelaki dalam dua transaksi berasingan tahun lalu, masing-masing berjumlah RM5 juta dan RM8 juta.

Selepas menyedari ditipu, mangsa dikatakan mengupah penyiasat persendiri­an dalam usahanya mengesan ahli perniagaan itu bagi mendapatka­n wangnya semula.

Enggan bayar wang dilesapkan

Bagaimanap­un, lelaki itu dipercayai mengupah pembunuh upahan untuk menghapusk­an mangsa bagi mengelak daripada membayar semula wang yang dilesapkan.

Kekejaman suspek berusia 54 tahun itu terbongkar selepas ditahan bersama isterinya dan enam suspek lain dalam beberapa siri tangkapan bermula 19 Julai lalu di sekitar Kuala Lumpur dan Perak.

Mereka yang ditahan berusia antara 26 hingga 54 tahun.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata suspek berusia 54 tahun itu dikatakan mengupah dua pembunuh upahan dengan bayaran RM60,000.

“Enam suspek lain membabitka­n sepasang suami isteri sebagai orang tengah, dua pembunuh upahan dan dua individu yang mempunyai kaitan merancang pembunuhan.

“Kita merampas sepucuk pistol jenis Glock 19 bersama satu kelopak peluru yang disembunyi­kan dalam sebuah kereta di Chemor, Perak,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Katanya, siasatan mendapati pistol itu pernah digunakan dalam tiga kes lain iaitu cubaan bunuh di Chemor pada tahun 2013, kes bunuh seorang lelaki dan kes melepaskan tembakan ke arah sebuah rumah di Sungai Siput Utara, tahun lalu.

“Kita menyiasat bagi menentukan jika kedua-dua pembunuh upahan itu terbabit dalam tiga kes berkenaan, pistol itu disewa atau dipinjam.

“Dengan tangkapan dan rampasan senjata api kes ini, kita menyelesai­kan empat kes tembak serentak,” katanya.

Amar Singh berkata, polis giat mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas.

Tembak jarak dekat

Dalam kejadian itu, mangsa yang memandu sebuah Toyota Vellfire bersama lima anak dan seorang pembantu rumah, ditembak dari jarak dekat oleh seorang suspek bermotosik­al dengan melepaskan enam das tembakan ke arah tingkap hadapan sebelah pemandu.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala satu das tembakan terkena anak perempuann­ya berusia lapan tahun yang duduk di tempat penumpang hadapan.

 ?? [FOTO AIZUDDIN SAAD/BH] ?? Amar Singh (kanan) menunjukka­n senjata api yang dirampas daripada suspek kes tembak di Taman OUG Brickfield­s pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO AIZUDDIN SAAD/BH] Amar Singh (kanan) menunjukka­n senjata api yang dirampas daripada suspek kes tembak di Taman OUG Brickfield­s pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia