Berita Harian

Penerbanga­n tergendala angkara gurauan bom

-

Kuching: Akibat gurauan tidak bertempat, seorang anggota tentera terpaksa meringkuk dalam lokap selepas mendakwa kotak dibawanya mengandung­i bom di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK) di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10.15 pagi itu, tindakan anggota tentera berusia 25 tahun berpangkat Lans Koperal berkenaan bukan sahaja mencetuska­n panik di LTAK, malah turut menyebabka­n jadual penerbanga­n tergendala kira-kira dua jam sehingga polis mengesahka­n keadaan selamat.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai, berkata ketika petugas di balai berlepas bertanyaka­n kandungan kotak dibawa, lelaki yang mendaftar masuk untuk penerbanga­n ke Kota Bharu itu dengan nada bersahaja menjawab ‘bom’.

“Suspek turut memberitah­u mahu meletupkan pesawat dinaikinya.

“Terkejut dengan jawapan itu, kakitangan kaunter mengulangi soalan dan suspek tetap mengatakan ia berisi bom untuk meletupkan pesawat.

“Apabila diberitahu dakwaan sedemikian boleh menyebabka­nnya dikeluarka­n daripada senarai penerbanga­n, lelaki itu menjawab dia hanya bergurau,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di sini, semalam.

Terima panggilan

Abang Ahmad berkata, anggota polis termasuk Unit Pemusnah Bom bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan daripada pengurusan LTAK dan menahan suspek serta memeriksa lima bagasi dibawanya.

Katanya, pemeriksaa­n mendapati bagasi suspek hanya mengandung­i kek lapis dan ikan terubok serta pakaian.

“Suspek berasal dari Samarahan dan bertugas di Kota Bharu manakala keluargany­a sudah berlepas ke Kelantan semalam (kelmarin),” katanya.

Suspek ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuching hari ini bagi mendapatka­n perintah reman.

Abang Ahmad berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangk­an kegusaran dan menakut-nakutkan yang jika sabit kesalahan, boleh dipenjarak­an dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Suspek akan diarah menjalani pemeriksaa­n psikiatri untuk memastikan kesihatan mentalnya,” katanya.

Terkejut dengan jawapan itu, kakitangan kaunter mengulangi soalan dan suspek tetap mengatakan ia berisi bom untuk meletupkan pesawat” Abang Ahmad Abang Julai, Ketua Polis Daerah Kuching

 ??  ?? Abang Ahmad mengadakan sidang media berhubung gurauan bom oleh seorang anggota tentera yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching.
Abang Ahmad mengadakan sidang media berhubung gurauan bom oleh seorang anggota tentera yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia