Berita Harian

Artis lelaki antara 14 ditahan kes tipu

Datuk, Datuk Seri dalang skim pelaburan piramid babit kerugian RM35J

- Oleh Siti Azila Alias

Seorang pelakon dan pelawak terkenal adalah antara 14 individu yang ditahan kelmarin, selepas dipercayai terbabit dengan skim pelaburan piramid didalangi dua lelaki bergelar Datuk dan Datuk Seri, membabitka­n kerugian RM35 juta.

Difahamkan, semua suspek termasuk lima wanita berusia antara 28 hingga 58 tahun itu, ditahan menerusi Operasi Nuri 2 oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) di Melaka, Pahang, Kelantan dan Pulau Pinang.

Sumber memberitah­u, artis lelaki berusia 44 tahun itu ditahan di kediamanny­a di Cyberjaya kira-kira jam 2 petang dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut.

Artis lindungi dalang utama

Katanya, artis itu dipercayai melindungi dalang utama selain menyediaka­n tempat tinggal serta kemudahan lain.

“Sembilan kenderaan termasuk kereta mewah turut disita dalam operasi itu, antaranya Range Rover Evoque, Mercedes, Honda Accord, Volkswagen, Toyota Caldina, Toyota Prius dan Toyota Vios membabitka­n nilai hampir RM1 juta.

“Turut disita, pelbagai barang kemas dan beg tangan berjenama selain sejumlah buku dan kad bank, borang pelaburan, telefon serta komputer,” katanya.

Sumber berkata, kira-kira 500,000 individu dipercayai menjadi mangsa skim berkenaan, dengan sebahagian besarnya membabitka­n guru dan artis.

Katanya, sebanyak 175 laporan polis dibuat mangsa berhubung penipuan skim terbabit sejak awal tahun ini dengan 14 kertas siasatan dibuka membabitka­n kerugian RM10.5 juta.

Difahamkan, sidang media berhubung kes itu akan dibuat oleh JSJK Bukit Aman, hari ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia