Berita Harian

Bedah siasat bantu rungkai punca sebenar

Prosedur dijadual bermula malam ini

- Oleh Mohd Roji Kawi

Misteri kematian tiga sekeluarga, termasuk dua kanak-kanak lelaki berusia tujuh dan empat tahun, di Kampung Baru, Kota Samarahan, Selasa lalu dijangka terungkai melalui proses bedah siasat yang dijadualka­n berlangsun­g malam ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Dev Kumar, berkata pakar patologi Hospital Umum Sarawak (HUS) dijadual memulakan prosedur itu malam ini sejurus tiba dari ibu negara, sekali gus membantu melengkapk­an proses siasatan.

“Jenazah kini masih ditempatka­n di Bilik Mayat HUS. Pakar patologi HUS ada tugasan di Semenanjun­g dan dijadualka­n pulang ke Kuching petang esok seterusnya memulakan proses bedah siasat.

Bantu polis lengkap siasatan

“Kita berharap laporan bedah siasat itu dapat mengesahka­n punca sebenar kematian tiga sekeluarga ini, seterusnya membantu polis melengkapk­an proses siasatan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Dalam kejadian Selasa lalu, Rohana Mohamad, 37, ditemui mati tergantung dalam tandas sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Baru, Kota Samarahan kira-kira jam 7.55 malam, manakala anak lelakinya, Adam Hadiman Noorahman, 7, dan Mohd Ikmal Danish Noorahman, 4, ditemui dalam bilik tidur dengan keadaan muka pucat serta mulut kehitaman.

Hasil pemeriksaa­n lanjut turut menemui botol cecair peluntur di sisi mayat kanak-kanak malang itu, malah polis tidak menolak kemungkina­n bahan itu digunakan untuk meracun kedua-dua mangsa.

Difahamkan, mayat tiga beranak itu ditemui anggota keluargany­a yang bertindak memeriksa rumah mangsa kerana curiga dengan keadaan sunyi di lokasi kejadian sebelum menghubung­i polis.

Ketika kejadian, hanya mangsa bersama dua anak lelakinya berada di rumah berkenaan, manakala ibu bapa saudaranya berada di kebun sawit mereka yang terletak di seberang sungai kampung berkenaan.

Sementara itu, Dev meminta agar orang ramai tidak membuat sebarang andaian atau spekulasi berdasarka­n maklumat tidak sahih berhubung kes berkenaan yang kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Henti sebar maklumat tidak tepat

Katanya, polis sedang memantau tindakan pihak tertentu menyebarka­n pelbagai maklumat tidak tepat berhubung kes berkenaan, termasuk dakwaan penemuan elemen jenayah tertentu, yang dikhuatiri boleh mengeliruk­an orang ramai dan mengganggu proses siasatan.

“Ini amat dikesali dan kita meminta kerjasama orang ramai menghentik­an tindakan penyebaran maklumat itu. Kita perlu memahami situasi dialami waris dan keluarga mangsa susulan tragedi ini,” katanya.

Dev berkata, pihaknya sedang meneliti kes itu dari segala aspek, termasuk laporan bedah siasatan bagi tujuan melengkapk­an proses siasatan.

Dalam perkembang­an berkaitan, anggota keluarga ketigatiga mangsa sudah membuat persiapan bagi majlis pengebumia­n sejurus dibenarkan berbuat demikian apabila proses bedah siasat selesai dijalankan.

Difahamkan, jenazah Rohana bersama dua anak lelakinya itu dijangka dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Muara Tuang, Kota Samarahan esok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia