Berita Harian

Polis rampas dadah RM3.8J

STING tahan 3 warga Nigeria dalang sindiket seludup dadah antarabang­sa

- Oleh Siti Azila Alias

Satu lagi cubaan menyeludup masuk dadah ke negara ini oleh sindiket antarabang­sa ditumpaska­n polis selepas menahan tiga lelaki warga Nigeria dan merampas 25 kilogram (kg) dadah bernilai RM3.8 juta di Selangor, pada 19 dan 20 Julai lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Dzuraidi Ibrahim, berkata kejayaan itu bermula sebaik Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) melakukan pemeriksaa­n pada bagasi di kargo Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, pada jam 7 malam 19 Julai lalu, hasil maklumat dan risikan.

22kg syabu ditemui

Katanya, pemeriksaa­n kemudian menemui 11 paket mampat dadah dipercayai syabu seberat 22kg disorokkan di dalam sebuah bagasi kecil.

“Berikutan penemuan dadah ini, satu serbuan dilakukan di sebuah apartmen di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan pada jam 2.30 pagi semalam (kelmarin) dan menahan dua lelaki warga Nigeria serta merampas enam paket syabu seberat 3kg disorokkan dalam dua kotak makanan.

“Pada masa sama, satu lagi serbuan dilakukan di kawasan berhampira­n dan menahan seorang lagi lelaki warga negara sama dan merampas satu lagi paket syabu seberat 102 gram,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, di sini, semalam.

Bekalan 125,000 penagih

Dzuraidi berkata, dadah yang dirampas itu dipercayai untuk pasaran tempatan dan dianggarka­n mampu menampung bekalan bagi 125,000 penagih.

“Kargo membawa dadah itu masuk ke negara ini menggunaka­n Turkish Airlines berdasarka­n tanda pada bagasi, namun siasatan masih dilakukan,” katanya.

Katanya lagi, semakan terhadap semua suspek berusia 31 hingga 39 tahun itu mendapati mereka masuk ke negara ini sejak dua tahun lalu dengan salah seorang daripadany­a adalah penuntut sebuah kolej swasta.

Beliau berkata, sejak Januari sehingga 14 Julai lalu, seramai 166 warga asing yang terbabit dengan sindiket penyeludup­an dadah melalui udara ditahan dengan 106 adalah warga Nigeria.

Semua suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

 ??  ?? Dzuraidi (tengah) bersama paket syabu yang dirampas di KLIA, Sepang, 19 Julai lalu.
Dzuraidi (tengah) bersama paket syabu yang dirampas di KLIA, Sepang, 19 Julai lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia