Berita Harian

Lokasi kadar bayaran parkir dikaji semula

Takrif CBD ambil kira pandangan semua pihak

- Oleh Magendran Rajagopal

Kadar kenaikan bayaran tempat letak kereta di beberapa lokasi tertentu yang ditakrifka­n sebagai daerah pusat perniagaan (CBD) sekarang akan dikaji semula dengan mengambil kira pandangan semua pihak berkepenti­ngan.

Menteri Wilayah Persekutua­n, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata kenaikan kadar bayaran tempat letak kereta di Kuala Lumpur yang sudah 40 tahun tidak berubah tidak dapat dielakkan tetapi akan dipastikan tidak terlalu membebanka­n rakyat.

“Kenaikan bayaran tempat letak kereta di daerah CBD iaitu daripada 80 sen kepada RM2 untuk sejam pertama dan RM3 bagi jam kedua dan setiap jam berikutnya kekal tetapi kawasan yang ditakrif sebagai CBD akan dikaji semula.

“Kawasan seperti Taman Tun Dr Ismail, Bangsar, Sri Hartamas dan Kepong kita akan lihat semula sebab dalam Struktur Pelan Bandaraya yang lama kawasan berkenaan adalah CBD.

“Tapi ini satu kesilapan di pihak kita. Jadi, kita akan buat penambahba­ikan, kita akan dengar suara rakyat,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementeria­n Wilayah Persekutua­n, di sini semalam, yang dihadiri lebih 5,000 orang.

Cari rumusan

Tengku Adnan menjelaska­n, pihaknya akan berjumpa dengan semua Ahli Parlimen, pemimpin masyarakat dan persatuan penduduk dalam kawasan berkenaan bagi mencari rumusan yang dapat diterima semua pihak.

Katanya tindakan menaikkan kadar bayaran tempat letak kereta di ibu negara mendapat pelbagai reaksi berbeza di mana ramai membantah dan tidak kurang juga yang menyokong terutama di kawasan yang terlalu sesak.

“Umpamanya penduduk di Jalan Binjai, mereka mahu tempat letak kereta bermeter dimulakan di kawasan berkenaan kerana terlalu sesak dengan kenderaan.

“Kalau ikut undang-undang, kita sepatutnya boleh kenakan bayaran tempat letak kereta bermula jam 7 pagi hingga 10 malam termasuk pada hari cuti tetapi kerajaan tidak melaksanak­annya kerana prihatin terhadap kebajikan rakyat,” katanya.

 ?? [FOTO RAHIM RAHMAT /BH] ?? Tengku Adnan memberi sumbangan kepada kanak-kanak sempena Majlis Sambutan Aidilfitri Kementeria­n Wilayah Persekutua­n di pekarangan Perbadanan Putrajaya, semalam.
[FOTO RAHIM RAHMAT /BH] Tengku Adnan memberi sumbangan kepada kanak-kanak sempena Majlis Sambutan Aidilfitri Kementeria­n Wilayah Persekutua­n di pekarangan Perbadanan Putrajaya, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia