Berita Harian

Hai-o anjur Tayangan Perdana Star Trek Beyond

-

Kuala Lumpur: Syarikat jualan langsung terkemuka, Sahajidah Hai-o Sdn Bhd menganjurk­an tayangan perdana yang pertama filem Star Trek Beyond di Pavillion, semalam.

Tayangan perdana yang diadakan dengan kerjasama Paramount Pictures Corporatio­n itu bertepatan dengan Beyond Coffee yang menjadi cogan kata Min Kaffe, antara produk terlaris Sahajidah Hai-o.

Pengurus Besar Sahajidah Hai-o Marketing Sdn Bhd, Tham Yoke Lon, berkata ini adalah kolaborasi pertama kali di antara produk kopi hebat keluaran Sahajidah Hai-o Marketing iaitu Min Kaffe dan Paramount Pictures bagi filem “Star Trek Beyond”.

“Filem ini adalah kerjasama terbaik untuk kami kerana seperti nama filem ini, Min Kaffe adalah “Beyond Coffee”. Ia bukan kopi biasa kerana ia adalah kopi garam buluh pertama dan utama di pasaran yang dirumus khas dengan kopi Robusta dan 100 peratus garam buluh dari Korea,” katanya pada sidang media pada tayangan perdana filem Star Trek Beyond ,di sini, kelmarin.

Yang turut hadir dalam acara permaidani merah, pihak tertinggi urusan syarikat, usahawan cemerlang dan selebriti tempatan.

Beliau berkata, sebagai kopi garam buluh pertama di pasaran, Min Kaffe bersedia untuk mencapai pengiktira­fan yang lebih besar di arena antarabang­sa melalui kerjasama dengan filem blockbuste­r ini.”

Yoke Lon berkata, Min Kaffe kini dijual di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia serta akan diperkenal­kan ke pasaran luar Negara.

“Acara Karpet Merah Tayangan Perdana, bukan saja untuk menjana kesedaran jenama untuk Min Kaffe tetapi juga sebagai penghargaa­n kami kepada usahawan yang berdedikas­i, rakan kongsi perniagaan dan rakan media,” katanya.

Filem Star Trek Beyond dijadualka­n untuk tayangan Amerika Syarikat pada 22 Julai bersempena dengan ulang tahun ke-50 rangkaian filem sains fiksyen Star Trek yang diilhamkan oleh Gene Roddenberr­y.

 ?? [FOTO ROHANIS SHUKRI/BH] ?? Pengarah Pemasaran United Internatio­nal Pictures, Kara Lee menyerahka­n model kapal angkasa Star Trek Beyond kepada Tan Keng Kang (kanan) pada Tayangan Perdana Filem Star Trek Beyond, kelmarin. Yang turut serta (dua dari kiri) Pengerusi Eksekutif Hai-o,...
[FOTO ROHANIS SHUKRI/BH] Pengarah Pemasaran United Internatio­nal Pictures, Kara Lee menyerahka­n model kapal angkasa Star Trek Beyond kepada Tan Keng Kang (kanan) pada Tayangan Perdana Filem Star Trek Beyond, kelmarin. Yang turut serta (dua dari kiri) Pengerusi Eksekutif Hai-o,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia