Berita Harian

Persediaan masuk universiti

Seminar SPM 2016 anjuran MSU-BH disertai 1,100 pelajar sekitar Melaka Tengah

- Oleh Sarah Aina Shawal

Perkongsia­n teknik menjawab soalan secara berkesan dimanfaatk­an kirakira 1,100 pelajar Tingkatan Lima dari lapan sekolah sekitar Melaka Tengah pada Seminar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 anjuran Management Science & University (MSU) dengan kerjasama BH, di sini, baru-baru ini.

Seminar yang berlangsun­g selama dua hari bertempat di Auditorium Masjid Al-azim, di sini, membabitka­n subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah.

Lapan sekolah terbabit iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Rumput, SMK Ayer Keroh, SMK Durian Daun, SMK Naning, SMK Hang Kasturi, SMK Bukit Katil, SMK Tun Tuah dan SMK Tinggi Perempuan Melaka.

Majlis perasmian seminar itu disempurna­kan oleh Jurulatih Utama Sarana Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Melaka, Amzah Osman.

Amzah dalam ucapannya, berkata pihaknya mengharapk­an kesemua pelajar lulus cemerlang dalam semua mata pelajaran dalam peperiksaa­n SPM, tahun ini

Beliau yang juga Yang Dipertua PIBG SMK Tinggi Perempuan, Melaka, berkata pendidikan bukan berakhir pada peringkat sekolah sahaja, pelajar harus meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi di universiti.

Meraih keputusan cemerlang

“SPM adalah permulaan pelajar sebagai persiapan menghadapi masa hadapan yang lebih mencabar dan lakukanlah yang ter- baik,” katanya.

Beliau berkata, kejayaan memperoleh keputusan cemerlang bukan sahaja membanggak­an keluarga malah antara batu loncatan bagi calon menyambung pengajian ke universiti seterusnya memperoleh kerjaya yang baik.

Yang turut hadir ialah Pengarang Pendidikan BH, Fadzlena Jafar dan Pengarah Institusi Collegiate & Antarabang­sa MSU, Miskiah Tijan.

Sementara itu, pelajar SMK Hang Kasturi, Nurul Iffah Saihah Rashid, 17, mengakui agak gementar dalam melakukan persiapan untuk menduduk SPM tidak lama lagi.

Bagaimanap­un, katanya, perasaan itu sedikit berkuranga­n selepas mendapat tunjuk ajar dan bimbingan berguna daripada penceramah yang juga guru pakar dalam subjek masingmasi­ng.

 ?? [ FOTO RASUL AZLI SAMAD/BH ] ?? Amzah (tengah) bersama-sama pelajar sekolah dari daerah Melaka Tengah pada program Seminar SPM anjuran MSU yang diadakan di Auditorium Masjid Al-azim, Bukit Palah, Melaka.
[ FOTO RASUL AZLI SAMAD/BH ] Amzah (tengah) bersama-sama pelajar sekolah dari daerah Melaka Tengah pada program Seminar SPM anjuran MSU yang diadakan di Auditorium Masjid Al-azim, Bukit Palah, Melaka.
 ??  ?? Fadzlena (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Amzah.
Fadzlena (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Amzah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia