Berita Harian

Kurang peka keganasan terhadap wanita

Tanggapan suami berkuasa, kurang bukti punca masalah berleluasa

- Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof

Keganasan terhadap wanita adalah isu global yang memerlukan pembabitan semua pihak, khususnya lelaki dalam dalam menanganin­ya.

Presiden, Persatuan Pergerakan Wanita (AWAM), Ho Yock Lin, berkata menerusi medium promosi dan semua pihak bercakap mengenainy­a, dapat memberikan lebih pemahaman mengenai isu berkenaan.

“Ramai antara kita belum faham mengenai keganasan terhadap wanita. Ia bukan hanya memberikan kesan negatif kepada mangsa, sebaliknya menunjukka­n ada sekelompok kecil pelaku yang dikategori­kan sebagai tidak sihat dan memerlukan bantuan,” katanya pada sidang akhbar pelancaran, Larian White Ribbon di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Kempen White Ribbon, Judith Loh-koh dan Kaunselor Politik Pejabat Pesuruhjay­a Tinggi Kanada, Timothy Mackey.

Tanggapan lelaki berkuasa

Yock Lin berkata, isu membabitka­n keganasan ini belum difahami kerana sebahagian daripada masyarakat dibesarkan dengan tanggapan lelaki lebih berkuasa dalam rumah tangga.

Apabila adanya tanggapan sedemikian, ia bererti apa sahaja dilakukan lelaki, termasuk mengasari isteri sudah menjadi suatu kebiasaan sebagai usaha mengajar atau mendidik isteri.

“Apabila anak melihat begitu caranya, mereka akan meniru dan lekat dalam fikiran mereka. Justeru, apabila wanita diperlakuk­an kasar oleh suami atau teman lelaki, mereka berfikir ia adalah normal, sedangkan ia tidak seharusnya begitu,” katanya.

Beliau berkata, kesukaran pembuktian juga antara faktor yang menjadi isu keganasan terhadap wanita terus berlaku. Ada mangsa sukar membezakan antara gurauan dan ancaman.

“Selain itu, ada wanita berasa takut melaporkan sesuatu kejadian seperti diusik lelaki.

“Mereka takut dituduh sebagai perasan, sedangkan apabila wanita terbabit tidak berasa selesa, itu adalah ‘bunga’ keganasan,” katanya.

Berdasarka­n statistik keganasan terhadap wanita di Malaysia oleh Polis Diraja Malaysia pada 2014, terdapat 2,349 kes rogol dan 4,807 kes keganasan rumah tangga dilaporkan di seluruh negara.

Pada 2015, jumlah keganasan rumah tangga dilaporkan meningkat lebih 5,000 kes. Bagaimanap­un, kes disabitkan ke mahkamah menunjukka­n penurunan iaitu daripada 358 kes pada 2014 kepada hanya 145 kes pada 2015.

Yock Lin berkata, penurunan itu berpunca daripada banyak sebab, antaranya mangsa menarik balik kes, beban pembuktian dan mengelakka­n kecaman daripada masyarakat.

“Dalam banyak kes, wanita berasa malu kerana selalunya mereka dijadikan punca kepada keganasan seperti tohmahan katakata; ‘kenapa awak pakai seksi’, ‘kenapa awak berada di tempat itu’ dan sebagainya.

“Mangsa seharusnya di bantu dan bukan dikecam. Sebab itulah saya kira kenapa kes disabitkan berkuranga­n di mahkamah,” katanya.

Kempen kesedaran

Sementara itu, Yock Lin berkata, Larian White Ribbon sejauh tujuh kilometer yang bakal berlangsun­g pada 27 November depan, di Desa Parkcity, Shah Alam diadakan bertujuan membina kesedaran dalam kalangan masyarakat dan mempromosi menangani keganasan terhadap wanita.

“Kami percaya, semua pihak harus berganding bahu menangani isu ini daripada terus berlaku. Semua masyarakat tanpa mengira jantina, perlu memperkasa antara satu sama lain,” katanya.

Pada masa sama, kempen terbesar di dunia itu tidak sekadar larian, sebaliknya menggalakk­an kesaksamaa­n gender.

“Sejak dilancarka­n empat tahun lalu, acara ini disertai lebih 8,000 peserta yang bersama-sama berganding untuk menangani keganasan terhadap wanita,” katanya.

Acara itu turut mendapat kerjasama Pejabat Pesuruhjay­a Tinggi Kanada di Malaysia.

Ramai antara kita belum faham mengenai keganasan terhadap wanita. Ia bukan hanya memberikan kesan negatif kepada mangsa, sebaliknya menunjukka­n pelaku dikategori­kan sebagai tidak sihat” Ho Yock Lin, Presiden AWAM

 ?? [FOTO NAZRAN JAMEL/BH] ?? Dari kiri, Mackey, Yock Lin dan Judith Loh-koh bergambar bersama selepas pelancaran Larian White Ribbon di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO NAZRAN JAMEL/BH] Dari kiri, Mackey, Yock Lin dan Judith Loh-koh bergambar bersama selepas pelancaran Larian White Ribbon di Kuala Lumpur, semalam.
 ?? [FOTO HIASAN] ?? Herdikan menyebabka­n tekanan emosi terhadap wanita.
[FOTO HIASAN] Herdikan menyebabka­n tekanan emosi terhadap wanita.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia