Berita Harian

ITBM beri buku ganti duit raya

Kempen tingkat budaya ilmu dalam masyarakat

- Oleh Hafizah Iszahanid

Budaya memberi duit raya sebagai pemberian ikhlas tanda meraikan Syawal amat dinanti-nantikan dalam masyarakat, terutama kanak-kanak.

Nilai pemberiann­ya berubah mengikut masa dan kemampuan pemberi, manakala duit raya selalunya dikaitkan dengan kempen bijak menyimpan, selain digunakan sebagai bonus untuk anak berbelanja.

Bagaimanap­un, Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) membawa persepsi baharu kemeriahan Syawal kali ini menerusi kempen pemberian buku sebagai ganti duit raya. Rasionalny­a mudah, buku adalah dokumentas­i ilmu dan sifatnya lebih abadi.

Didik anak membaca

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Mohd Khair Ngadiron, berkata duit raya sudah dilihat sebagai sebahagian budaya tetapi tidak salah untuk diubah kepada pemberian buku sebagai didikan untuk anak membaca dan meningkatk­an budaya ilmu.

“ITBM menyahut saranan Ketua Setiausaha, Kementeria­n Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zaini Ujang yang mencadangk­an pemberian duit raya diganti dengan buku atau gunakan duit raya untuk membeli buku,” katanya kepada BH di sini, semalam.

Mohd Khair berkata, sebagai sokongan terhadap saranan baik itu, pihaknya yang terbabit dengan dunia penerbitan menawarkan harga terbaik dengan tawaran diskaun sehingga 70 peratus, manakala harga termurah yang ditawarkan ialah RM3 untuk senaskhah buku.

“Semua buku yang ditawarkan adalah buku baharu yang berkualiti dan ia bukan hanya karya asli, bahkan kami juga memberi diskaun kepada buku terjemahan,” katanya.

Kempen beri buku

Kempen pemberian buku ganti duit raya itu berlangsun­g di Wisma ITBM, Wangsa Maju di sini, bermula 26 Julai hingga 6 Ogos ini, selain tawaran diskaun juga terpakai untuk pembelian dalam talian.

Untuk rekod, buku yang dijual pada harga RM3 adalah buku dengan harga asal RM15 ke bawah; RM5 (bawah RM25) dan RM10 (bawah RM35), manakala potongan 70 peratus diberikan kepada tajuk terpilih seperti Mek Mulong dan Mak Yong.

ITBM tawar diskaun sehingga 70 peratus, harga termurah RM3 senaskhah buku” Mohd Khair Ngadiron Ketua Pegawai Eksekutif ITBM

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia