Berita Harian

Konsep menang-menang tingkat keselamata­n KLIA, klia2

- Tan Sri Lee Lam Thye,

Cadangan kerajaan menguatkua­sakan peraturan hanya penumpang dibenarkan berada dalam terminal di lapangan terbang bagi menjamin keselamata­n lapangan terbang perlu diteliti secara mendalam kerana memberi implikasi besar terhadap golongan tertentu.

Selain kesulitan kepada penumpang terutama mereka yang kali pertama menaiki kapal terbang ataupun penumpang warga emas dan kanak-kanak yang terbang sendirian, cadangan itu juga memberi kesan kepada pemilik kedai di terminal lapangan terbang, terutama di KLIA dan klia2.

Kita faham tujuan kerajaan meningkatk­an tahap keselamata­n di lapangan terbang dan melindungi keselamata­n awam memandangk­an serangan keganasan yang terbaru menunjukka­n lapangan terbang kini jadi sasaran pengganas.

Serangan pengganas di Lapangan Terbang Brussels di Belgium tidak lama dulu menyebabka­n 32 orang awam terbunuh dan lebih 300 lagi cedera, manakala serangan di lapangan terbang Ataturk di Istanbul, Turki, baru-baru ini, menyebabka­n 45 orang maut dan lebih daripada 230 cedera.

Bagaimanap­un, Kementeria­n Pengangkut­an, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan pihak berkuasa berkaitan harus ambil kira hasrat ahli keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan yang ingin hantar penumpang kapal terbang di terminal.

Pada masa ini, mereka yang bukan penumpang dibenar mengiringi penumpang ke kaunter daftar masuk sehingga ke tempat pemeriksaa­n keselamata­n yang pertama. Jika peraturan yang dicadang dilaksanak­an, ahli keluarga, saudara-mara dan rakan hanya boleh turunkan penumpang di luar terminal.

Susahkan penumpang

Pelaksanaa­n peraturan itu akan menyusahka­n penumpang warga tua dan kanak-kanak yang terbang sendirian ataupun mereka yang pertama kali menaiki kapal terbang. Tiada ahli keluarga untuk bantu mereka bawa bagasi atau menolak troli, manakala mereka yang kali pertama menaiki pesawat mungkin menghadapi masalah dengan prosedur di lapangan terbang.

Sudah jadi amalan biasa bagi rakyat Malaysia mengiringi ibu bapa, ahli keluarga atau saudaramar­a yang menunaikan haji atau ibu bapa mengiringi anak yang belajar di luar negara sehingga ke terminal lapangan terbang kerana mereka akan berpisah untuk jangka masa lama.

Kedai dan restoran di lapangan terbang juga akan terjejas jika mereka yang bukan penumpang tidak dibenarkan masuk ke terminal. Reka bentuk lapangan terbang di negara kita yang berkonsep terbuka, terutama klia2 bertujuan menggalakk­an penumpang dan bukan penumpang membeli-belah.

Ini mungkin memaksa pemilik kedai memberhent­ikan sebahagian pekerja, mengurangk­an waktu bekerja ataupun akhirnya, menutup perniagaan kerana bukan penumpang menyumbang sebahagian besar kepada pendapatan kedai dan restoran di terminal lapangan terbang.

Ini seterusnya memberi implikasi ke atas pendapatan pengendali lapangan terbang kerana pada masa ini, perniagaan bukan aeronautik menyumbang 50 peratus jumlah keseluruha­n pendapatan MAHB. Seperti yang kita tahu, operasi MAHB seiring dengan trend industri penerbanga­n global kini di mana pendapatan bukan aeronautik­al menjadi penyumbang utama kepada prestasi kewangan pengendali lapangan terbang di seluruh dunia.

Sebenarnya, ada cara lain untuk meningkatk­an tahap keselamata­n dan membendung ancaman pengganas di lapangan terbang, antaranya, menambahka­n anggota polis berpakaian biasa dan beruniform untuk meronda, memasang pos kawalan keselamata­n dan mesin pengimbas badan di setiap pintu masuk terminal.

Perbanyakk­an CCTV

Semua penumpang dan bukan penumpang perlu melalui pos kawalan dan mesin pengimbas badan di pintu masuk. Selain itu, lebih banyak CCTV definisi tinggi diletak di dalam dan di luar kawasan terminal, manakala kamera khas pengecaman wajah perlu diletakkan di semua kaunter imigresen.

Pengendali lapangan terbang dan pihak berkuasa perlu berbincang membuat perubahan pelan lantai bangunan terminal supaya bukan penumpang boleh berada di dalam terminal dan mengunjung­i kedai dan restoran.

Kita tidak harus lalai dalam usaha memantapka­n tahap keselamata­n negara kerana tiada negara terlindung daripada ancaman keganasan atau serangan berani mati. Lebih baik kita berhati-hati agar tidak menyesal kemudian hari. Sungguhpun demikian, kita perlu memikirkan langkah keselamata­n yang terbaik tanpa menjejaska­n atau merugikan mana mana pihak atau konsep menang-menang. Kuala Lumpur

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia