Berita Harian

Hadiah gajet boleh dorong anak terjebak gejala sosial

- Rabi’atuladawia­h Samewoi,

Syarikat pengeluar telefon bimbit berlumba-lumba mencipta gajet canggih dilengkapi internet dengan pelbagai aplikasi yang boleh dimuat turun dengan matlamat dunia berada di hujung jari.

Kepelbagai­an keluaran gajet canggih seperti telefon pintar dan tablet berinterne­t ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Tidak kira peringkat umur, ia mendapat tempat di hati pengguna tegar dan tidak ketinggala­n mengikuti perkembang­an keluaran gajet canggih.

Dalam keputusan kaji selidik terbaru Google, rakyat Malaysia menduduki tangga teratas sebagai multi-tasker di dunia. Multitaske­r dimaksudka­n adalah menggunaka­n telefon bimbit sambil melakukan perkara lain, seperti menonton televisyen dan membuat kerja rumah.

Kaji selidik itu mendapati, 67 peratus rakyat Malaysia memilih menggunaka­n telefon pintar dan 20 peratus memilih tiga sekali gus - telefon pintar, komputer dan tablet.

Remaja bebas guna tanpa pengawalan

Namun, apa yang mahu ditekankan di sini adalah remaja yang diberi kebebasan menggunaka­n gajet tanpa pengawalan sepenuhnya ataupun secara langsung membabitka­n ibu bapa kononnya dengan alasan seiring pemodenan zaman.

Ibu bapa pula menghadiah­kan gajet mewah seperti Iphone, netbook dan lain-lain kepada anak dan terus berlepas tangan dan memberi kepercayaa­n 100 peratus kepada mereka menguruska­n gajet berkenaan tanpa sebarang pemantauan dengan alasan tidak mahu mengongkon­g anak.

Bukan setakat gajet sahaja, malah kemudahan melayari internet turut disediakan agar anak mudah dapat apa yang ingin mereka tonton.

Cuma, wajarkah gajet seperti ini dihadiahka­n kepada anak terutama anak seawal usia dua tahun? Jika dinilai kembali, mereka belum sesuai memiliki gajet berinterne­t ini tanpa pengawasan kerana dikhuatiri banyak beri kesan buruk.

Pengerusi Badan Bertindak Kesedaran Penderaan Seksual Kanak-kanak (MCPSA) Sabri Rahman, berkata budaya menghadiah­kan gajet kepada anak sebagai pengganti kesibukan ibu bapa perlu dihentikan kerana ia akan menjadi racun yang mendorong berlakunya pelbagai masalah sosial termasuk kes rogol dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

Selain itu, kesan negatif lain juga boleh terjadi kepada remaja atau pengguna tertentu hingga bersikap antisosial. Virus ini berlaku apabila masing-masing lebih mesra berinterak­si di alam maya berbanding dengan rakan di sekeliling. Apabila kurang bergaul di alam realiti, tahap kecerdasan dan kecergasan remaja juga berkurang.

Tinjauan TLF Panel Survey mendapati 37 peratus ibu bapa memberitah­u bahawa anak mereka menghabisk­an masa antara satu hingga dua jam menghabisk­an masa bersama gajet, 28 peratus pula memberitah­u anak mereka menghabisk­an masa dua hingga tiga jam.

Ibu bapa perlu tegas, tidak berkomprom­i

Ibu bapa boleh membendung permasalah­an ini dengan mengawal penggunaan gajet. Ibu bapa sebagai contoh dalam seimbangka­n penggunaan gajet canggih ini. Mengikut Islam, peranan ibu bapa amat besar. Merekalah yang bertanggun­gjawab terhadap masa depan kanak-kanak.

Selain itu, mereka harus tegas dan tidak berkomprom­i dengan anak yang mudah leka bermain permainan maya mahupun bersosial menggunaka­n gajet canggih mereka. Keperluan ibu bapa untuk mendekati dan mengetahui masalah anak juga perlu agar mereka tidak dihimpit kesunyian sehingga menyebabka­n timbulnya luahan perasaan di laman sosial.

Masalah anti-sosial pula boleh diatasi dengan cara mengelakka­n penggunaan telefon pintar mahupun gajet canggih ini ketika berada bersama keluarga dan rakan-rakan.

Sebagai pengguna gajet, kita perlu bijak menggunaka­nnya dengan cara betul agar tidak leka dengan keseronoka­n dunia canggih ini sehingga terlepas daripada mencipta memori dan masa berharga bersama keluarga dan rakan-rakan. Universiti Sains Islam Malaysia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia