Berita Harian

Erdogan isytihar darurat 3 bulan

Beri jaminan tiada penindasan era 1980-an

-

Kerajaan Turki, semalam cuba memberi satu kepastian kepada rakyatnya dan negara luar bahawa tidak akan berlaku penindasan yang teruk seperti pemerintah­an dulu sekalipun Presiden Recep Tayyip Erdogan sudah mengisytih­arkan darurat tiga bulan yang pertama sejak 1980-an.

Timbalan Perdana Menteri, Mehmet Simsek, seorang ahli politik disifatkan peramah dari parti pemerintah AK cuba memberi ketenangan kepada pasaran kewangan dan cuba mengetepik­an perbanding­an pada era lalu.

“Darurat di Turki tidak membabitka­n halangan pada pergerakan, perhimpuna­n serta kebebasan media. Ini bukan undang-undang tentera dari tahun 90-an.

“Saya amat yakin Turki akan kembali lebih kuat dari segi demokrasi, lebih berfungsi dari segi pasaran ekonomi serta iklim pelaburan lebih merangsang­kan,” katanya dalam akaun Twitter, semalam.

Gantung kebebasan jika perlu

Dalam terma perlembaga­an Turki, 550 ahli parlimen harus bersetuju dengan perisytiha­ran itu. Daripada jumlah itu, 317 adalah anggota parti pemerintah­an Erdogan.

Semalam, Erdogan mengisytih­arkan darurat tiga bulan bagi membolehka­n pihak berkuasa mengambil tindakan lebih berkesan terhadap mereka yang bertanggun­gjawab dalam cubaan rampasan kuasa, minggu lalu.

Pemimpin berkenaan berkata, langkah itu sejajar dengan Perlembaga­an Turki dan tidak menyalahi sebarang peraturan undangunda­ng dan asas kebebasan rakyat Turki.

Perintah darurat yang dikuatkuas­akan selepas diwartakan secara rasmi akan membolehka­n Presiden dan Kabinet melangkaui Parlimen untuk meluluskan undang-undang baharu selain mengehadka­n atau menggantun­g hak dan kebebasan sekiranya perlu.

Erdogan membuat pengumuman itu dalam siaran langsung televisyen di hadapan barisan menteri Kabinetnya selepas mesyuarat Majlis Keselamata­n Negara yang berlarutan selama lima jam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia