Berita Harian

Warga Islam AS lancar kempen anti-trump

Mahu daftar 1 juta pengundi pengaruhi keputusan

-

Pemimpin Islam di Amerika Syarikat memulakan satu usaha mendaftark­an sejuta pengundi untuk tujuan tidak menyokong calon presiden Republikan, Donald Trump, berikutan retorik anti-islam beliau.

Menurut pemimpin terbabit, pengundi Islam mampu mempengaru­hi keputusan di negeri penentu seperti di Virginia dan Florida.

Kedua-dua negeri itu penting dalam pilihan raya presiden, pada November ini.

“Kami mahu komuniti Islam memahami, jika kamu menyerahka­n hak memilih, tiada siapa akan mengembali­kannya kepada kamu,” kata Ahli Lembaga Majlis Pertubuhan Muslim Amerika Syarikat, Osama Abu Irshaid.

Pertubuhan penaung itu melaksanak­an kempen menentang Trump berikutan cadangan calon Presiden itu untuk mengenakan sekatan sementara terhadap pendatang Muslim dan usaha memprofil kira-kira 3.3 juta warga Islam Amerika.

Semua imam sudah digesa untuk menggalakk­an jemaah mereka mendaftar.

Penganjur inisiatif itu turut menghantar aktivis ke kampus, stesen bas dan stesen minyak di kawasan kejiranan Muslim negara itu untuk pendaftara­n.

Setakat ini, katanya, kira-kira 300,000 warga Muslim Amerika sudah mendaftar.

Pence terharu dicalon naib presiden

Sementara itu, di Florida, Gabenor Indiana, Mike Pence menerima pencalonan Parti Republikan sebagai Naib Presiden di konvensyen parti itu di sini semalam sambil menyifatka­n gandingan beliau Donald Trump sebagai ‘lelaki yang baik.’

“Saya amat terharu dengan keyakinan anda,” kata Pence kepada perwakilan, dalam suasana malam yang penuh drama serta bahang perlantika­n Trump sebagai calon Presiden parti ke White House.

Dalam perkembang­an sama, seorang penulis ucapan mengaku bertanggun­gjawab ke atas sebahagian ucapan isteri Trump, iaitu Melania ketika berucap di konvensyen parti itu minggu ini yang dituduh diciplak.

Kakitangan penulis Pertubuhan Trump, Meredith Mciver, berkata beliau memasukkan petikan ucapan ke dalam ucapan Melania yang menyerupai ucapan wanita pertama Michelle Obama pada tahun 2008.

“Saya tidak menyemak ucapan wanita pertama itu. Ini adalah kesilapan yang berat sehingga menyebabka­n kekalutan kepada Melania dan Trumps, begitu juga Michelle Obama. Saya tidak bermaksud jahat,” kata Mciver dalam satu kenyataan.

 ?? [ FOTO AP ] ?? Gambar kiri, Trump seperti mahu mencium Pence selepas Konvensyen Republikan di Florida, kelmarin. Gambar kanan atas anggota polis cuba meleraikan kumpulan pembantah, manakala gambar kanan bawah, kumpulan sama membakar bendera AS di Cleveland, kelmarin.
[ FOTO AP ] Gambar kiri, Trump seperti mahu mencium Pence selepas Konvensyen Republikan di Florida, kelmarin. Gambar kanan atas anggota polis cuba meleraikan kumpulan pembantah, manakala gambar kanan bawah, kumpulan sama membakar bendera AS di Cleveland, kelmarin.
 ??  ??
 ?? [ FOTO EPA ] ??
[ FOTO EPA ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia