Berita Harian

Indonesia tolak keputusan tribunal kes bunuh 1965

-

Jakarta: Jakarta, semalam menolak keputusan sebuah panel hakim antarabang­sa yang mengisytih­arkan Indonesia melakukan jenayah kemanusiaa­n dalam pembunuhan anti komunis pada 1960-an selain mendakwa Amerika Syarikat, Britain dan Australia turut terbabit.

Sekurang-kurangnya 500,000 maut dalam ‘operasi pembersiha­n’ selama berbulanbu­lan di seluruh negara republik itu.

Ia bermula selepas Jeneral Suharto (gambar) mendakwa satu cubaan rampasan kuasa oleh komunis pada 1 Oktober 1965.

Suharto mengambil kuasa selepas pembunuhan itu dan kemudian memerintah Indonesia selama tiga dekad. Ketika itu, pembunuhan beramai-ramai dianggap perlu untuk menangani ancaman komunis.

Walaupun selepas kejatuhann­ya pada 1998, kerajaan berikutnya enggan memohon maaf atas pembunuhan itu.

Ditubuhkan sekumpulan aktivis, Tribunal Rakyat Antarabang­sa membabitka­n Jenayah Kemanusiaa­n di Indonesia (IPT 1965) dinilai tujuh hakim antarabang­sa di The Hague, pada November lalu dan keputusan tribunal itu diterbitka­n, semalam.

Serangan sistematik

Ketua hakim, Zak Yacoob juga bekas hakim kanan Afrika Selatan mengumumka­n keputusan tribunal itu dengan menyifatka­nnya sebagai serangan sistematik terhadap Parti Komunis Indonesia, semua pertubuhan serpihanny­a, pemimpin, ahli, penyokong dan keluarga mereka”.

Selain dibunuh, katanya, komunis turut dipenjara, dijadikan hamba, diseksa dan menjadi mangsa seks ganas, sepanjang tempoh bergolak itu.

Mahkamah itu tidak mempunyai kuasa, namun aktivis berharap ia akan memberi tekanan kepada Jakarta supaya menerima tanggungja­wab melakukan pembunuhan beramai-ramai paling teruk pada kurun ke-20.

Yacoob menggesa kerajaan Indonesia yang tidak menyertai jemputan dalam perbicaraa­n itu untuk mengeluark­an satu permohonan maaf, menyiasat jenayah kemanusiaa­n itu dan memberikan pampasan kepada mangsa.

Dalam pada itu, jurucakap Kementeria­n Luarnya, Arrmanatha Nasir berkata, Indonesia tidak perlu melaksanak­an cadangan tribunal itu kerana ia tiada kuasa undangunda­ng.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia