Berita Harian

AS, sekutu rancang musnah IS

Dapat dana RM8 bilion kos bina semula Iraq

-

l

Amerika Syarikat (AS) akan mengumpulk­an sekutunya bergabung tenaga menentang militan IS dan ketika sama bersetuju dengan rancangan memusnahka­n terus pelampau secara habis-habisan.

Setiausaha Pertahanan AS, Ashton Carter memberitah­u wartawan bahawa kemaraan ketenteraa­n akan dipercepat­kan untuk menyaksika­n kumpulan itu diusir ke Raqa, Syria dan Mosul, Iraq.

Pegawai AS berkata negara yang menyumbang dana sudah menjanjika­n sejumlah AS$2 bilion (RM8.08 bilion) untuk kos membina semula Iraq dan mengekang komuniti daripada terbabit dengan IS.

Namun, Carter memberi amaran bahawa pengasinga­n dan apa yang dipanggil sebagai ‘barah induk’ tidak akan menghapusk­an keupayaan pengganas untuk menyerang di tempat lain.

Pada ketika sama, propaganda IS yang menyiarkan rakaman video serangan trak di Nice, Perancis yang mengorbank­an 84 orang, mengancam lebih banyak serangan ke atas negara-negara pakatan.

Bebaskan bandar raya

Sementara itu, Menteri Pertahanan dari negara Barat dan negara Teluk bersuara mereka mempunyai rancangan ketenteraa­n untuk membebaska­n bandar raya terbabit melalui kerjasama tentera tempatan Iraq dan Syria.

“Hari ini, kami melakukan rancangan dan komitmen yang akan membantu menghapusk­an IS selama-lamanya,” kata Carter memberitah­u wartawan di luar Washington.

Dalam pada itu, Ketua Pentagon tidak mendedahka­n maklumat lanjut, namun menambah: “Biar saya jelaskan di sini: Mereka berusaha gigih menjatuhka­n IS yang mengawal bandar di Mosul dan Raqqa.”

Menteri Pertahanan Britain, Michael Fallon berkata London akan menggandak­an 500 tenteranya yang ditugaskan untuk melatih tentera Iraq dan Kurdis bagi menentang militan IS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia