Berita Harian

Miranda Kerr pilih orang muda tamat zaman solo

Kenali pengasas Snapchat, Evan Spiegal, beza usia tujuh tahun sejak 2014

-

Supermodel Australia, Miranda Kerr bakal menamatkan zaman jandanya apabila mengikat tali pertunanga­n dengan pengasas Snapchat yang juga bilionair, Evan Spiegel.

Kerr berkongsi berita gembira itu bersama pengikutny­a di Instagram semalam bersama gambar cincin berlian dengan keterangan gambar: “Saya berkata ya !!!! ”

Gambar itu juga disunting untuk memasukkan ikon Bitmoji yang menunjukka­n Spiegel, 26, melamar Kerr, 33, dalam bentuk kartun dengan perkataan “Kahwini Saya” disertakan di bahagian bawah.

Menurut majalah Vanity Fair, Kerr dan Spiegel bertemu dalam satu parti Louis Vuitton pada 2014 namun hanya mendedahka­n hubungan mereka setahun kemudian.

Beli kediaman RM48.78 juta

Baru dua bulan lalu, pasangan itu membeli kediaman berharga AS$12 juta (RM48.78 juta) di Los Angeles.

Menurut majalah Forbes, model Victoria’s Secret itu memperoleh pendapatan hampir AS$5.5 juta (RM22.36 juta) tahun lalu sementara dilaporkan Spiegel mempunyai anggaran kekayaan bernilai AS$2.1 biion (RM8.54 bilion), menjadikan­nya bilionair paling muda di dunia.

Spiegel muncul dengan idea mencipta Snapchat bersama rakan ketika masih menuntut di Universiti Stanford. Ia dilancarka­n pada 2011 dan kini mempunyai lebih 100 juta pengguna serta nilai lebih AS$16 bilion (RM65.03 bilion).

“Mereka amat gembira,” kata seorang jurucakap untuk CEO Snapchat itu kepada akhbar Dailymail.com secara ekslusif.

Kerr berkata, walaupun mereka tertarik antara satu sama lain, mereka memulakan hubungan sebagai rakan.

“Kami berkawan rapat untuk tempoh lama sebelum mula serius,” kata Kerr kepada akhbar Australia apabila ditanya bagaimana beliau bertemu.

Supermodel itu juga berkata, beliau menunggu selama enam bulan sebelum memperkena­lkan Spiegel kepada anak lelakinya, Flynn, lima tahun.

 ??  ?? Kerr bersama tunangnya, Spiegel.
Kerr bersama tunangnya, Spiegel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia