Berita Harian

Day harap magis berulang

-

Montreal: Pemain golf nombor satu dunia, Jason Day kembali ke Terbuka Kanada - kejohanan di mana karier gemilangny­a bermula setahun lalu dan berharap untuk mengekalka­n kejuaraan yang dimenangin­ya.

Pemain kelahiran Australia berusia 28 tahun ini muncul sebagai pilihan di lapangan golf Glen Abbey di Oakville, Ontario minggu ini, lokasi dia menewaskan juara dua kali Masters, Bubba Watson dengan satu pukulan tahun lalu.

Ia adalah permulaan buat tujuh kemenangan buat Day dalam tempoh 12 bulan, termasuk gelaran Major pertamanya tahun lalu di Kejuaraan PGA, kejuaraan yang ingin dipertahan­kan minggu depan di Baltusrol.

“Saya mahu memenangi segala-galanya bermula di sini,” kata Day. “Kamu hanya perlu mahukannya lebih daripada pemain lain.”

Rasa yakin

Day yang menarik diri daripada beraksi di Olimpik, Rio disebabkan kebimbanga­n virus Zika turut memenangi kejohanan di Barclays, Kejuaraan BMW serta tiga kemenangan tahun ini iaitu Arnold Palmer Invitation­al, Kejuaraan Golf Dunia dan Kejuaraan Pemainpema­in.

“Saya merasa amat yakin ketika ini,” kata Day. “Saya mengharung­i permainan golf yang menakjubka­n. Saya tahu jika saya terus menang, segala-galanya menjadi baik.”

Jika Day berjaya memenangi gelaran keduanya di Terbuka Kanada, tahun ini, ia akan mengikuti kejayaan pemain Amerika Syarikat (AS), Jim Furyk yang dibuat pada 2006 dan 2007.

Day akan memulakan pusingan pertama dan kedua berganding­an bersama pemain AS, Brandt Snedeker dan juara Major empat kali, Ernie Els dari Afrika Selatan.

 ??  ?? Day
Day

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia