Berita Harian

Hamilton, Rosberg terus bermusuh

Kedua-dua pelumba itu dijangka bersaing sengit di GP Hungary hujung minggu ini

-

Tiada siapa mampu menghalang dominasi dua pelumba Mercedes AMG PETRONAS, Lewis Hamilton dan Nico Rosberg dalam perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini - melainkan mereka sendiri.

Begitupun, litar yang berbelitbe­lit dan perlahan bagi Grand Prix (GP) Hungary, hujung minggu ini bakal menjadi cabaran sukar buat kedua-duanya yang sudah pun berlanggar sebanyak dua kali tahun ini.

Selepas 10 perlumbaan, Rosberg berjaya memenangi lima kemenangan dan mendahului kejuaraan Formula Satu (F1) dengan mengumpul 168 mata dengan Hamiton mengumpul empat kemenangan dan mereka hanya dibezakan dengan satu mata.

Rosberg berjaya memenangi empat perlumbaan berturuttu­rut sejak perlumbaan pertama, namun ia berubah apabila dia berlanggar buat kali pertama dengan Hamilton di GP Sepanyol pada Mei lalu yang memberikan kemenangan mengejut buat pelumba Belanda dan Red Bull, Max Verstappen.

Tidak sabar

Sejak itu, Hamilton yang juga juara dunia tiga kali berjaya memenangi empat daripada lima perlumbaan, dengan Rosberg yang masih memburu kejuaraan dunia pertama memenangin­ya sekali di GP Eropah.

“Pertarunga­nnya kini adalah dengan Lewis dan saya merasa hebat dengan diri saya dan hebat dengan keadaan jentera, jadi ayuh,” kata Rosberg menjelang perlumbaan ke-31 GP Hungary.

“Saya tidak sabar dengan pertarunga­n kami seterusnya di Budapest. Ia adalah litar yang sukar dan benar-benar menguji kamu sebagai seorang pelumba.”

Litar Hungarorin­g baru-baru ini tidak mendatangk­an tuah buat Mercedes dengan keduadua pelumba mereka sekadar mencatat tempat keenam dan kelapan pada musim lalu selain tempat ketiga buat Hamilton dan keempat buat Rosberg pada 2014.

Begitupun, Hamilton pernah memenangi empat perlumbaan di GP Hungary sepanjang 10 tahun kariernya.

“Ia litar yang sentiasa sesuai dengan gaya saya,” kata Hamilton. “Sejak beberapa tahun lalu, saya tidak mendapat minggu yang baik di Budapest, namun saya tahu saya mempunyai kelajuan yang baik dan saya berhasrat untuk mengubahny­a tahun ini.”

 ??  ?? Insiden membabitka­n Rosberg (kiri) dengan rakan sepasukan, Hamilton di GP Sepanyol.
Insiden membabitka­n Rosberg (kiri) dengan rakan sepasukan, Hamilton di GP Sepanyol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia