Berita Harian

Strategi United pikat Pogba

Yuran pindah pecah rekod dunia, tawar gaji RM1.1 juta seminggu, bonus 20 peratus untuk ejen

-

Manchester United meningkatk­an usaha bagi mendapatka­n Paul Pogba apabila dilaporkan menawarkan pakej kewangan bertaraf mega terhadap ejennya ketika pemain tengah Juventus itu sedang bercuti di Miami, Amerika Syarikat.

Pengendali United, Jose Mourinho menjadikan Pogba sebagai buruan utamanya pada jendela perpindaha­n kali ini yang dikatakan mampu memecah rekod dunia dalam usaha mencetuska­n impak pada musim pertamanya di Old Trafford.

Difahamkan, perpindaha­n yang bakal mencecah rekod setinggi STG100 juta (RM535.55 juta) hampir dimeterai selepas ejennya, Mino Raiola bersetuju dengan bonus 20 peratus yang akan diperolehn­ya.

Media di Britain melaporkan Naib Pengerusi Eksekutif United, Ed Woodward menarik diri daripada terbabit dengan jelajah pramusim kelab itu di China bagi menemui Raiola, semalam.

Sudah habiskan RM267 juta

Perbincang­an terbabit berkisarka­n mengenai prospek kontrak lima tahun dengan gaji mencecah STG220,000 (RM1.178 juta) seminggu selepas cukai.

Dipercayai, bidaan pertama United berjumlah STG86 juta (RM460.57 juta) sudah pun ditolak oleh Juventus dengan juara Itali itu tampak akan meningkatk­an lagi jumlahnya yang mudah mengatasi rekod sebelum ini STG85 juta (RM455.21 juta) yang dipegang Real Madrid ketika membeli Gareth Bale pada 2013.

Ketika masa depannya terus menjadi perbualan hangat, Pogba ketika ini tampak tidak terganggu dan sedang bercuti bersama penyerang Everton, Romelu Lukaku yang juga menjadikan Raiola sebagai ejennya.

Gambar laman sosial menunjukka­n Pogba sedang menikmati cuaca panas dan bersenam di Miami serta bermain bola keranjang dengan memakai juara NBA, Cleveland Cavaliers.

Bertekad mengembali­kan kegemilang­an United, Jose Mourinho yang dipecat dari Chelsea musim lalu sudah menghabisk­an STG50 juta (RM267.77 juta) untuk mendapatka­n Eric Bailly dari Villarreal dan pemain tengah, Henrikh Mkhitaryan selain melengkapk­an perpindaha­n bekas penyerang Paris Saint Germain, Zlatan Ibrahimovi­c.

 ??  ?? Pogba (seluar kuning) bermain bola keranjang bersama Romelu Lukaku ketika menikmati musim panas di Miami, baru-baru ini.
Pogba (seluar kuning) bermain bola keranjang bersama Romelu Lukaku ketika menikmati musim panas di Miami, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia