Berita Harian

Tuah ‘balang dua’ buat Harimau Malaysia

-

Kuala Lumpur: Juara Piala AFF Suzuki 2010, Malaysia berjaya mengelak daripada bertemu juara bertahan, Thailand pada edisi kali ini selepas kedua-dua pasukan diletakkan dalam Balang Dua pada majlis undian Piala Suzuki AFF 2016 yang akan berlangsun­g di Yangon, 2 Ogos nanti.

Bagaimanap­un, situasi ini belum lagi melegakan pengendali skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee yang menyifatka­n lima lagi pasukan turut memiliki kekuatan yang tersendiri dan mampu mengecewak­an hasrat skuad Harimau Malaysia merangkul trofi terbabit buat kali kedua.

“Prospek tidak bertemu Thailand di peringkat kumpulan bukan bermakna kita selamat dan menjanjika­n jalan mudah ke peringkat seterusnya kerana jika dilihat, beberapa pasukan lain sedang berada pada prestasi yang terbaik.

“Sebagai contoh, empat pasukan kecuali Indonesia semuanya layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2019 secara merit berbanding kita yang mara ke peringkat sama menerusi play-off.

‘Raja Asia Tenggara’

“Jadi, bukan sekadar Thailand, malah pasukan lain ini juga akan memberi cabaran kepada kita pada kejohanan terbabit,” katanya ketika dihubungi BH Sukan, semalam.

Tetap mensasarka­n untuk mara ke perlawanan akhir bagi mengulangi pencapaian 2014, namun Kim Swee mahu memberi tumpuan terhadap aksi peringkat kumpulan terlebih dahulu.

Majlis undian pada 2 Ogos nanti menampilka­n Myanmar dan Filipina selaku tuan rumah bersama bagi saingan peringkat kumpulan yang akan disertai juara bertahan, Thailand, juara empat kali, Singapura, Indonesia, Malaysia dan juga Vietnam.

Undian bagi pusingan kelayakan di Phnom Penh, Kemboja turut akan berlangsun­g pada tarikh sama yang menyaksika­n Kemboja, Brunei, Laos dan Timor Leste merebut satu-satunya slot terakhir bagi menempatka­n diri ke kejohanan berprestij itu.

Pusat Latihan Belia di Yangon dan Stadium Sukan Filipina bakal menjadi venue perlawanan pertama Piala Suzuki AFF 2016 dengan Stadium Wunna Theikdi di Nay Pyi Taw serta Stadium Memorial Rizal di Manila turut akan menjadi gelanggang pada peringkat kumpulan.

Perlawanan separuh akhir akan berlangsun­g pada 3 dan 4 Disember (pusingan pertama) serta 7 dan 8 Disember (pusingan kedua) dengan perlawanan akhir pada 14 dan 17 Disember.

 ??  ?? Aksi Malaysia menentang Thailand pada Nasional Bukit Jalil. perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2014 di Stadium
Aksi Malaysia menentang Thailand pada Nasional Bukit Jalil. perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2014 di Stadium

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia