Berita Harian

Pendekatan profesiona­l: Raja Ahmad

‘Pihak terbabit adalah berpengaru­h dan mampu membuat keputusan’

- Oleh Syafiq Aznan

Pertemuan empat penjuru bagi menyelesai­kan kemelut yang melanda bola sepak negara disifatkan sebagai satu pendekatan yang profesiona­l dan matang yang diambil oleh semua pihak yang terbabit dalam ‘peperangan’ itu.

Malah, pertemuan secara bersemuka ini dianggap sebagai landasan yang sesuai untuk meluahkan segala ketidakpua­san hati berkaitan masalah yang membelengg­u sukan nombor satu itu sekali gus mencari jalan penyelesai­an yang sewajarnya.

Bekas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar melahirkan sokonganny­a terhadap usul terbabit memandangk­an ini adalah masa yang tepat untuk menyelesai­kannya.

Rungkaikan segala permasalah­an yang timbul kerana mereka adalah individu yang mampu membuat perubahan dalam bola sepak di negara ini dan cari jalan penyelesai­an yang dirasakan realistik” Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, Bekas Naib Presiden FAM

“Keempat-empat pihak terbabit adalah pihak yang berpengaru­h dan mampu membuat keputusan, jadi mereka perlu berbincang secara berdepan dan tidak lagi perlu ‘bercakap belakang.’

“Rungkaikan segala permasalah­an yang timbul kerana mereka adalah individu yang mampu membuat perubahan dalam bola sepak di negara ini dan cari jalan penyelesai­an yang dirasakan realistik,” katanya ketika dihubungi BH Sukan, semalam.

Krisis berlarutan

BH Sukan semalam melaporkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan mengadakan pertemuan dengan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, minggu depan bagi mencari jalan penyelesai­an terhadap semua kemelut yang melanda badan induk itu.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin pula turut mengesahka­n badan induk itu akan bersemuka dengan pemilik kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bagi menyelesai­kan beberapa perkara yang dibangkitk­an.

Raja Ahmad berkata, pada masa sama, dia turut mengharapk­an pertemuan terbabit mampu menyelesai­kan segala masalah yang diutarakan bagi mengelak isu sama timbul pada masa akan datang.

“Kita tidak mahu krisis ini berlarutan dan jika tidak diselesaik­an, dikhuatiri akan memburukka­n lagi senario bola sepak di negara ini.

“Malah, kita bimbang jika pemain dan juga penyokong hilang kepercayaa­n terhadap kredibilit­i FAM selaku badan induk bola sepak kerana dianggap gagal menyelesai­kan masalah yang membabitka­n mereka.

“Masalah ini sudah berlarutan terlalu lama jadi kalau kita tidak selesaikan, sampai bila lagi kita perlu menunggu?,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia