Berita Harian

Semua kami tanggung: Honda

‘Perancanga­n perjalanan jangka panjang karier Khairul juga telah tersedia’

- Oleh Helmi Talkah

Boon Siew Honda Sdn Bhd menegaskan pihaknya tidak terbabit dengan mana-mana kempen atau permohonan sokongan kewangan tambahan bagi pembanguna­n kerjaya pelumba sensasi Moto3 negara, Khairul Idham Pawi.

Syarikat pengeluar motosikal yang selama ini menjadi tunjang kepada perkembang­an Khairul Idham itu, berkata pelumba berusia 17 tahun berkenaan terikat dengan kontrak bersama Honda dan adalah menjadi tanggungja­wab mereka untuk menanggung segala perbelanja­an membabitka­n kerjayanya.

“Segala perbelanja­an berkaitan karier Khairul termasuk tiket penerbanga­n, penginapan, makanan, gaji bulanan dan lain-lain perbelanja­an berkaitan semuanya adalah ditanggung oleh pihak Honda.

“Perancanga­n perjalanan jangka masa panjang karier Khairul untuk ke peringkat lebih tinggi di peringkat antarabang­sa juga telah tersedia,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan media semalam.

Penajaan peribadi

Kenyataan itu dikeluarka­n susulan bapa Khairul Idham, Pawi Omar meluahkan kekecewaan sejurus anaknya meraih gelaran kedua pada Grand Prix (GP) Jerman, Ahad lalu dengan mendakwa tiada pihak membantu membiayai kos pegawai pengiring untuk anaknya.

Malah dia terpaksa mengeluark­an wang sendiri bagi melancarka­n kerjaya pelumba itu.

Bagaimanap­un, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, kelmarin mendedahka­n pihaknya sudah meluluskan peruntukan sebanyak RM100,000 untuk pelumba yang digelar Super KIP itu tetapi gagal mendapatka­n dokumen lengkap termasuk akaun bank Khairul Idham bagi tujuan pembayaran.

Boon Siew Honda dalam kenyataan itu juga menegaskan mereka turut berusaha mendapatka­n penajaan peribadi Khairul dengan menawarkan penajaan tambahan, seperti menandatan­gani penajaan bersama Redbull, baru-baru ini.

“Kami tidak terbabit dan ingin menjelaska­n mana-mana kempen ataupun permohonan sokongan kewangan tambahan yang mendapat liputan ketika ini adalah untuk membiayai perbelanja­an yang difikirkan perlu oleh pihak keluarga Khairul seperti kos bagi pengiring,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia