Berita Harian

‘Khairul kena tanggung kos sendiri’

- Oleh Jumiati Rosly

Kuala Lumpur: Biarpun segala perbelanja­an pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi ditanggung pasukannya Honda, kos perbelanja­an untuk mendapatka­n pegawai pengiring bergantung kepada usaha pelumba itu sendiri.

Bekas pelumba negara, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini berkata adalah penting bagi pelumba yang dikenali dengan Super KIP itu mempunyai pengiring selepas sekali lagi membuktika­n kejayaanny­a pada perlumbaan Moto3 Grand Prix (GP) Jerman, hujung minggu lalu.

“Honda sudah pun menanggung Khairul Idham berjuta-juta ringgit. Jadi, dia perlu berusaha sendiri untuk mendapatka­n dana bagi menanggung kos pegawai pengiringn­ya sendiri.

“Sebagai seorang ayah (Pawi Omar), pastilah dia risau apa jadi kepada anak dia di luar negara. Sekurang-kurangnya orang kedua ini (pegawai pengiring) boleh menjaga dia dan memang sangat berguna dalam penyertaan perlumbaan sebegini,” katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, pegawai pengiring penting bagi pelumba itu yang dikenali sebagai Super KIP dapat berbual bersama sekali gus menjaga kebajikan pelumba itu dalam mengharung­i 18 sirkit perlumbaan dalam satu musim.

Kos RM15,000

Secara kasarnya, Shahrol Yuzy berkata lebih kurang RM15,000 diperlukan untuk membawa pegawai pengiring pada setiap satu GP bagi menanggung kos penginapan, pengangkut­an dan makanan.

“Kebanyakan pelumba lain ada yang membawa kawan, adik beradik atau keluarga lain sebagai pengiring. Ada juga kawan yang dilantik sebagai pengurus. Jadi, pegawai pengiring ini bukan perkara baharu dan satu keperluan,” katanya.

Sebelum ini, Pawi Omar terkilan apabila tiada pihak yang membantuny­a untuk membiayai kos pegawai pengiring dan terpaksa mengeluark­an wang sendiri bagi melancarka­n karier anaknya sejurus anaknya itu menjuarai GP Jerman.

Honda sudah pun menanggung Khairul Idham berjuta-juta ringgit. Jadi, dia perlu berusaha sendiri untuk mendapatka­n dana bagi menanggung kos pegawai pengiringn­ya sendiri” Shahrol Yuzy Ahmad Zaini , Bekas pelumba negara

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia